Showing posts with label Ibu. Show all posts

Semoga Roh Ibu Dicucuri RahmatMu

Salam sahabat blogger.......

Hari ini (Jumaat) sudah lebih 5 bulan arwah Ibu - Zakiah Binti Haji Othman pergi meninggalkan aku. Dalam kiraan hari lebih kurang 162 hari dari tarikh arwah Ibu pergi pada 7 Oktober 2011 bersamaan 9 Zulkaedah 1432 Hijrah.

Mungkin kerana aku bekerja dan dah ada anak dapat menghilangkan rasa rindu atau ingatan aku kepada ibu, tapi mcm mana plak dengan ayah. Sepanjang pemergian ibu ayah sorang2 je kat kampung tu. Nasib la abang aku dan dua orang adik still ada kat sana tu pun setiap hujung minggu. Bleh la diorang tengok-tengokkan ayah tu.....kitorg anak2 yang duk jauh ni tepon la yang menghubungkan kami, bertanya kabar. 
Gambar Arwah Ibu bersama Isteri, Saya dan Ayah

Kesian kat ayah aku dah takde tempat berkongsi citer, teman berbual....so sapa yang solo tu nak masuk minang ayah aku dipersilakan (acah ajer) ha3. Hopefully ayah sentiasa sihat dan jaga diri elok2 dan sentiasa dalam perlindungan Allah.

Aku amat berharap dapat bermimpi bertemu dengan Ibu....rasa rindu sangat2 nak peluk, cium dan mintak ampun daripada Ibu. Semoga Roh Ibu Dicucuri RahmatMu Ya Allah. Kepada sahabat2 yang masih ada Ibu dan Ayah, sayangilah dia, peluklah dia, mohon ampun dari dia, berbuatlah baik kepada mereka kerana Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu. 

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
 
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. 
(al-Tirmizi)

Wassalam......AlFatihah
16 March 2012
Posted by Unknown

Tugas Isteri, Kerana Dia Tidak Bekerja !

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang ibu@isteri anda selagi mereka ada...Kerana pengorbanannya tidak terkira...Sayang awak selamanya isteriku...Pn Ekin
sumber : muka bukuku
02 March 2012
Posted by Unknown
Tag :

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

 jenazah-berat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah. :)
19 January 2012
Posted by Unknown

Perihal Kematian dan Kenduri Arwah

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMKcoPzsIVw-_C7_fZ8csb_oTAyptq6i_pspGk-LY8YGZNyFr-EADO2VxIKrxxadFzjLGFw18fP-pWwMTMWryolbdNM_TFN_OcRnbkOtfNcyW0OXk7Tsu1E8Hy5Xp4J1T9f_-Pvszut3es/s1600/kematian.jpg

Assalamualaikum rakan semua......
Hari ini cukup empat minggu Ibu pergi meniggalkan kami sekeluarga.....atau lebih tepat 29 hari selepas kematian Ibu. Ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada subuh Jumaat 7 Oktober 2011. Lihat entry terdahulu. Memang sukar untuk kita percaya Ibu atau orang terdekat atau orang paling kita sayang pergi menghadap Ilahi. Tapi itulah realitinya dimana yang hidup itu pasti menemui mati dan sesungguhnya mati itu adalah pasti. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan pasti merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu”    (Surah Ali Imran: 185)
Pada kebiasaannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan diadakan oleh keluarga orang yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut menjemput orang-orang hadir yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke rumah si mati bagi membacakan ayat-ayat Al-Qur‘an seperti surah Yasin, bertahlil dan sebagainya untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Selepas acara tersebut semua tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Apakah amalan sedemikian sesuai dengan kehendak hukum syarak?

Kenduri Arwah
    Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :
“ Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”.         (Surah Al-Muzzammil: 20)
Jelasnya, mengadakan kenduri arwah dan membuat jamuan itu jika tujuannya untuk membalas budi baik kepada orang dan jiran kepada si mati serta menghubungkan silaturahim tidaklah menjadi kesalahan dalam agama.  
Yang lebih elok dan sunat pula, apabila kaum kerabat dan jiran menghantar makanan kepada ahli si mati sebagai tanda simpati untuk meringankan beban mereka kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah yang sebenarnya wajar dilakukan oleh orang Islam dalam usaha meringankan bebanan keluarga si mati dan di antara cara menghiburkan mereka. 
Inilah juga perkara yang disuruh oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai kepada Baginda berita kematian Ja‘afar bin Abi Talib, Baginda bersabda :
“Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah meninggal, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk (disebabkan ditimpa kematian itu)”.       (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Saat kedatangan ajal maut itu wajib sentiasa dalam ingatan supaya setiap orang akan siap sedia dengan amalan yang membawanya ke syurga. Kenduri arwah atau seumpamanya selepas kematian seseorang itu hanyalah satu usaha daripada orang-orang yang hidup. Namun usahanya sendiri di samping rahmat Allah penentu kepada nasib sebenarnya.
Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Ibundaku dan juga muslimin muslimat yang telah pergi menghadap Pencipta Nya.....Al Fatihah
04 November 2011
Posted by Unknown

#Wordless Wednesday : Dalam Kenangan

Gambar Arwah Ibu dan juga Ayah semasa perkahwinan saya dua tahun lepas.....
02 November 2011
Posted by Unknown

#Wordless Wednesday


Gambar terakhir arwah mak bersama saya dan isteri.
Kenangan bersama mak akan menjadi memori terindah sepanjang hidup....We love U
AL FATIHAH
19 October 2011
Posted by Unknown

Al Fatihah.....Buat Ibu Tersayang




Assalamualaikum......saya agak menyepi dari menulis blog kebelakangan ini (hampir dua bulan agaknya). Mungkin kesibukan kerja dan keluarga membuatkan masa saya terbatas untuk berblog. Dan.....

Baru-baru ini saya dan keluarga telah diuji dengan ujian yang sangat hebat, Ibu yang amat kami sayangi telah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.

Tanggal 7 Oktober 2011 pada jam 5.00am, di Subuh Jumaat yang hening, di Hospital Serdang ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan ayah dan kami sepuluh beradik. Tiada apa yang mampu kami lakukan hanya berserah dan redha pada ketentuan Allah. Ayah kata biarlah ibu pergi daripada terus bergantung pada mesin sokongan pernafasan semata.

Sepanjang beberapa hari Ibu di hospital, hanya bacaan Yaasin dan doa yang mampu kami tadahkan memohon Ibu cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Namun Allah lebih menyayangi Ibu. Ibu pergi terlalu cepat.....hanya doa dan fatihah kami kirimkan buatmu.

Ibu, engkau pergi disaat kami sangat memerlukan kasih sayangmu
Ibu, masih banyak tunjuk ajarmu yang kami tagih
Ibu, belum sempat untuk kami berbakti lebih lama kepadamu
Ibu, jasamu tidak ternilai harganya
Ibu, semoga Allah sentiasa merahmatimu

Ya Allah, tempatkan ibuku bersama para solihin.....
Ya Allah, temukan lah kami bersama ibu di dalam Syurga Mu....Amin..

Al-Fatihah

Bersambung di Bahagian II....
18 October 2011
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -