- Back to Home »
- News »
- Galaxy S lesung batu
Posted by : Unknown
10 January 2012
Lesung Batu |
JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.
Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.
“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.
“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.
Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50. Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli. “Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.
“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya. Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.
“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM). Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.
“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya. Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.
Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.
“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.
Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.
sumber myMetro
kesian..nk gelak leh ?
ReplyDeleteaha laa... rasa mcm nk gelak jugak lahh..
ReplyDeleteberhati hati la ramai sngat penipu skang ni
ReplyDeletememang kesian....tp nak gelak jugak skit...ha3
ReplyDeleteskrg nie mmg kena hati2....mcm2 cara org nak menipu...hampes tul
hahaha... lawak lah plak.
ReplyDeletexle blah btol ayat presiden TTPM “Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,”..tapi kesian btol ngan cik hazirul 2..haih wallet xpe la bende murah,,lau yang mahal2 ni,,,jgan nak beli online la..
ReplyDeletepergghhh..cian betul ni
ReplyDeletepengajaran unuk kita semua ni
ReplyDeleteaku pun pernah terkena..lesap rm1k :(
ReplyDeletetedia...
ReplyDeleteMohd Norafzul : beli apa ye RM1K ?
ReplyDeletesaya mmg slalu buy online nie...alhamdulillah semua yg sampai brg yg dipesan.
saya harap penjual yg menipu tu akan dihukum dgn sewajarnya.
ReplyDeleteadoyaii, lawak satu ha tapi kena waspada jugak, ganggu kelancaran bisnes online kes-kes gini...;O
ReplyDeletekeekkekeke....no komen!!
ReplyDeletehuhuhu... nasib baik boleh dapat duit balik... huhuhhu.
ReplyDelete