Posted by : Unknown 24 January 2012

pix_gal0
Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi amaran akan merampas Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar yang cuba menyalahgunakan baucar berkenaan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.

Beliau berkata, baucar berkenaan dilengkapi ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan bagi mengelakkan disalah guna pihak tidak bertanggungjawab. Sama ada sebarang langkah pencegahan seperti mencetak nama pelajar pada baucar dapat mengekang perbuatan itu, beliau berkata ia sudah terlewat kerana baucar BB1M sudah diagihkan.

Pemberian baucar BB1M kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPTA dan IPTS, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012.

Tempoh sah laku bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2012 dan pelajar perlu membuat perancangan rapi bagi pembelian bahan rujukan seperti buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran yang penting mengikut keutamaan.

sumber BH

{ 6 comments... read them below or Comment }

  1. raasa macam bertanggungjawab la plk sebab hanya sesiapa yang layak sahaja akan dapat..so..rugi je rase nye bila jual baucar tu

    ReplyDelete
  2. munkin dia terdesak benda lain yg ada kaitan dgn belajar jugak..mana tahu

    ReplyDelete
  3. rasanya dia tak perlulah jual kat public/internet.. patutnya letgo to their member with special price...

    ReplyDelete
  4. Kalau tak kasi bantuan .marah!!
    bila kasi bantuan....lupa diri!!
    Kalau tak nak beli buku pelajaran ..beli ler novel ker....

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -