Posted by : Unknown 16 January 2012

Assalamualaikum...
Kecoh ofis saya hari ini bila dapat email bahawa Burger Ramly mengandungi DNA babi.....namun semua itu fitnah mungkin dari pesaing ramly burger sendiri....selepas menggoogle disini saya temui jawapannya.
Salah satu jawapan daripada Pihak Syarikat Ramly yang terlibat:
RAMLI BURGER NAFI ADA DNA BABI
Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

ps : sokonglah produk keluaran bumiputera dan muslim. Insyaallah Halal.

{ 8 comments... read them below or Comment }

  1. teruklah diorang ni, nak dengki sampai mcm tu sekali

    ReplyDelete
  2. ada orang yang x boleh tengok company Melayu lebih pada diorang....

    ReplyDelete
  3. kadang2 orang kita macam tu lah, tak boleh tengok orang berjaya sikit, ada je cerita yg bukan2

    ReplyDelete
  4. orang yang da b'jaya...ALLAH nak uji...tahap kesabaran dia... adab b'niaga...akan ada yang dengki...alah...macam tak biasa

    ReplyDelete
  5. kan syarikat rumly burger dan tukar owner cina?..cuba google sampai dapat..klu x dapat cari sampai dapat

    ReplyDelete
  6. Mcm2 dunia prniagaan zaman skarang nih..

    ReplyDelete
  7. foods to eat if you have fatty liver disease foods to eat if you have fatty liver disease foods to eat if
    you have fatty liver disease

    My blog post :: fatty liver treatment options

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -