- Back to Home »
- Kitar Semula , Tips/Nasihat »
- Jom Kitar Semula - Sayangi Bumi Anda
Posted by : Unknown
15 March 2012
Assalamualaikum...
Mesti boring kan kalau kuar citer pasal kitar semula aka recycle. 1st time aku jual barangan kitar semula dan hasilnye dapatlah dalam RM 5 je, takde la banyak. Tapi aku dah mula sedar akan kepentingan program kitar semula yang disarankan oleh pihak kerajaan nie. Bukan saja kita dapat protect bumi dan alam sekeliling, at the same time dapat duit plak lagi. Sapa nak bagi walaupun 5 hinggit....iye tak.
So lepas nie kalau ada kertas terpakai, old newspaper, botol plastik, tin minuman/susu, besi-besi buruk (jangan gatai tangan nak amik besi tutup longkang masjid plak ye) korang bleh kumpul, seminggu lepas tu dah bleh jual. Kalau tak mampu nak buat korang kasi kat aku, longgok je kat depan umah aku, then aku jual duit aku dapat habuk pun dapat. Pasnie aku nak jadi apply jadi 'ahli kelab pencinta alam'. He3.
Kat sini aku aku nak kongsi dengan korang sistem kitar semula yang dipraktikkan di Kanada dan Jerman. Diharap rakyat Malaysia cuba mencontohi sistem recycle yang digunakan oleh mereka.
Sistem Kitar Semula di Kanada (ehsan http://affanruslan.com)
Sistem kitar semula diorang sebenarnya sangat sistematik. Mungkin bukan yang terbaik di dunia, tapi sekurang-kurangnya jauh lebih baik dari Malaysia.
1. Berbanding di Malaysia, di Kanada ni hampir semua tempat ada tong sampah kitar semula, tak kira di universiti, tempat makan, stesyen keretapi (subway) dan tempat-tempat lain.
2. Untuk setiap beg plastik ketika membeli barang, selalunya anda perlu membayar untuk beg plastik tersebut. Kalau di Malaysia, cuma dikhaskna pada hari Sabtu sahaja. Jadi di sana memang orang akan membawa beg kertas/kain sendiri ketika membeli-belah.
3. Jika di Malaysia kita hanya sumbat semua sampah ke dalam plastik sampah, tapi di Kanada anda tidak dibenarkan berbuat demikian. Bagaimana ianya berfungsi:
Tong sampah kitar semula disusun rapi di kawasan perumahan. |
- Pada setiap minggu, telah ditetapkan pada hari tertentu lori sampah dan lori kitar semula datang untuk mengutip sampah dan barangan kitar semula dari setiap rumah.
- Setiap rumah dihadkan hanya kepada satu beg plastik hitam sahaja. Kemudian satu tong sampah hijau pula dikhaskan untuk sampah-sampah organik seperti tulang ayam dan sisa-sisa makanan yang lain.
- Kemudian, terdapat tong biru yang dikhaskan untuk barang-barang kitar semula.
- Pengguna juga wajib mengasingkan antara tin aluminium, gelas kaca dan kertas. Kalau salah asingkan, lori sampah takkan ambil barang-barang yang ingin dibuang tersebut!
Sistem Kitar Semula di Jerman. (ehsan http://khairulabdullah.com)
Jerman sangat berjaya di dalam usaha mengurangkan pengeluaran sampah yang semakin meningkat setiap hari. Kitar semula adalah salah satu sumbangan negara ini untuk perang global terhadap alam sekitar dan ianya sangat berjaya. Tetapi keseluruhan subjek mengenai kitar semula dan cuba untuk memehami sistem tersebut adalah merupakan sesuatu yang agak sukar bagi orang yang baru tiba di negara ini.
Jerman mengeluarkan sampah hampir 30 juta tan setahun. Namun dengan pengenalan sistem “Green Dot” atau sistem titik hijau telah berjaya mengurangkannya. Pengeluar/pengilang dan juga penjual perlu membayar yuran/cukai “Green Dot” terhadap setiap produk yang dikeluarkan atau dijual.
Sistem bijak ini telah berjaya mengurangkan penggunaan kertas, kaca yang lebih nipis dan kurangnya penggunaan besi/aluminium serta plastik dan secara langsung kuranglah sampah yang perlu dikitar semula. Hasilnya, sampah berjaya dikurangkan sebanyak 1 juta tan pada setiap tahun.
" Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sistem kitar semula di Jerman adalah pengasingan sampah. Dan di sinilah segalanya bermula. "
Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa panjang kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.
Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.
Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.
kalo aku kitar semula..mesti member2 aku kata skema. nyampah jer.....huh
ReplyDeleteudara bersih...nafas pun segar..
ReplyDeleteaku pn baru mula....my wife pun sama2 support nak collect and sell apa2 yg bleh recycle....untung2 dpt byr duit letrik + air + astro
ReplyDeletewah...bersih aje kan ....
ReplyDeletemselim3
yup....diorg memang betui2 buat recycle nie....kita pun dah kena wajibkan....
ReplyDelete