Posted by : Unknown 16 March 2012

Salam sahabat blogger.......

Hari ini (Jumaat) sudah lebih 5 bulan arwah Ibu - Zakiah Binti Haji Othman pergi meninggalkan aku. Dalam kiraan hari lebih kurang 162 hari dari tarikh arwah Ibu pergi pada 7 Oktober 2011 bersamaan 9 Zulkaedah 1432 Hijrah.

Mungkin kerana aku bekerja dan dah ada anak dapat menghilangkan rasa rindu atau ingatan aku kepada ibu, tapi mcm mana plak dengan ayah. Sepanjang pemergian ibu ayah sorang2 je kat kampung tu. Nasib la abang aku dan dua orang adik still ada kat sana tu pun setiap hujung minggu. Bleh la diorang tengok-tengokkan ayah tu.....kitorg anak2 yang duk jauh ni tepon la yang menghubungkan kami, bertanya kabar. 
Gambar Arwah Ibu bersama Isteri, Saya dan Ayah

Kesian kat ayah aku dah takde tempat berkongsi citer, teman berbual....so sapa yang solo tu nak masuk minang ayah aku dipersilakan (acah ajer) ha3. Hopefully ayah sentiasa sihat dan jaga diri elok2 dan sentiasa dalam perlindungan Allah.

Aku amat berharap dapat bermimpi bertemu dengan Ibu....rasa rindu sangat2 nak peluk, cium dan mintak ampun daripada Ibu. Semoga Roh Ibu Dicucuri RahmatMu Ya Allah. Kepada sahabat2 yang masih ada Ibu dan Ayah, sayangilah dia, peluklah dia, mohon ampun dari dia, berbuatlah baik kepada mereka kerana Syurga itu dibawah telapak kaki Ibu. 

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
 
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. 
(al-Tirmizi)

Wassalam......AlFatihah

{ 10 comments... read them below or Comment }

  1. Al-Fatihah buat ibu. Dan buat sementara memang susah ayah kamu sebab hidup bersama bertahun-tahun tapi lama-lama tu OK...
    Life must go on tapi anak2 penguatnya..Insyaallah

    ReplyDelete
  2. anak soleh sebagai harta dan saham ibu ayah :)
    semoga ruh arwah tenang bersama orang2 soleh dan solehah. al fatihah.

    ReplyDelete
  3. thanks cik sun....kena byk doa barulah diorg tenang disana

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -