Posted by : Unknown 02 March 2012

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang ibu@isteri anda selagi mereka ada...Kerana pengorbanannya tidak terkira...Sayang awak selamanya isteriku...Pn Ekin
sumber : muka bukuku

{ 7 comments... read them below or Comment }

  1. ermm... betul tu.. :D walaupun tak berkerja ttpi tgus2 lain di buat ngn clear.. so kena la hargainya.. ^^ :D

    ReplyDelete
  2. betul2... tanpa surirumah dah sah2 rumah tu huru hara..

    ReplyDelete
  3. yuppppp tugas isteri x ternilai harganya buat seorang suami yang peka bukan pekak....

    ReplyDelete
  4. kedua-dua suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain.....suami kena ringan tulang tuk bantu isteri...isteri plak jangan lupa tggjawab pada suami...

    ReplyDelete
  5. sama2 la memahami antara satu sama lain. mmg ada org yang mcm encik zainal ni. kdg tu sama2 kerja tapi bila kat rumah...bini je kena buat semua (pglman member)

    ReplyDelete
  6. jangan bab2 nak buat anak je gotong royong....ade paham

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -