Fenomena irama Korea kembali menghangatkan aliran muzik tempatan
sejak pertengahan July lalu apabila lagu nyanyian Park Jeasang, 34, atau
lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho) berjudul Gangnam
Style mendapat sambutan hangat terutamanya dari peminat genre k-pop.
Mendapat hampir 70 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan
pertengahan Julai lalu, lagu yang dibawakan oleh Psy itu bukan saja
mendapat perhatian masyarakat biasa, malah The Wall Street Journal dan
artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang
mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.
Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang
meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan
lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album
terbarunya.
Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang
terdapat di Seoul manakala perkataan Style diwujudkan bagi menceritakan
karekter penduduk di Gangnam.
Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya
berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur
kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang
membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.
Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan
menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’
bersama penynanyi dari Girls Generation, Hyuna.
Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia,
malah Negara seperti United States, England dan Perancis turut
memperkatakan tentangnya.
Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti
Wonder Girls, Super Junior, Girls Generation dan The Big Bang Theory,
kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzik Korea malah lebih
membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.
Kata Mereka (Artis /Reporter/ Blogger) Di Twitter :
Apa Pula dari 9GAG :
For me semua orang ada pendapat memasing, bg aku biasa2 saje.....tapi menarik sebagai hiburan.
sumber: mynewshub.my