Posted by : Unknown 06 December 2012

GAZA: Biarpun masih kanak-kanak, semangat dan keberanian mereka untuk berdepan dengan tentera Israel amat mengagumkan selepas menyedari kesinambungan perjuangan mereka penting untuk membebaskan bumi Gaza daripada cengkaman rejim Israel.

Seorang kanak-kanak Palestin, Masaab Alashi, berusia lapan tahun, berkata, dia amat benci kepada tentera Zionis yang memusnahkan kampungnya di Abasan Kabiran, di sini.


“Saya akan pukul mereka (tentera Zionis) dengan kayu kalau saya jumpa mereka. Saya akan pukul kuat-kuat supaya mereka jangan datang ke sini lagi,” katanya penuh bersemangat.

Dia yang hilang tempat tinggal akibat serangan Zionis itu mendakwa tidak gentar dengan tentera Israel walaupun menyedari tentera Israel dilengkapi senjata api.


“Saya tak takut tentera Zionis sebab mereka pengecut dan hanya berani menyerang dari udara atau laut. Mereka takut mati kerana akan dihantar masuk ke neraka,” katanya fasih.



Keberanian kanak-kanak Gaza ini turut diakui oleh seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gaza, Anwar Ibrahim, 45, yang mendakwa anak perempuannya, Waffa yang berusia enam tahun hanya ketawa dan tidak menunjukkan reaksi cemas sepanjang lapan hari serangan israel. Menurutnya, Waffa sedikitpun tidak lari atau menyorok ke dalam rumah sebaik mendengar dentuman bunyi letupan bom dijatuhkan tentera Israel.

“Anak saya itu hanya ketawa dan sekadar bertanya apa yang berlaku. Apabila saya memberitahu ia adalah letupan bom Israel...Waffa hanya tersenyum.


“Dia memberitahu akan memukul tentera Israel jika mereka terus membuat kacau di bumi Gaza. Saya bertanya sama ada dia tidak takut ditembak tentera israel namun Waffa sekadar menggeleng kepala,” katanya.
Menurutnya, dia turut sempat merakam gelagat anak perempuannya itu ketawa menggunakan kamera telefom bimbit ketika serangan Zionis berlaku bertali arus.


“Saya yakin beribu lagi kanak-kanak Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Zionis turut mempunyai keberanian ini dan tidak gentar sama sekali terhadap ancaman maut Zionis,” katanya.


Di dapur di mana Aqsa Syariff menyediakan makanan panas kepada rakyat Palestin ketika perang. Masyaa allah yg menghantar makanan tu menjadi moving target kerana di waktu perang semua keenderaan adalah target f16 Israel


Afdlin merakam gambar kenderaan pengiring Ismail Hanniyeh yg telah di bom oleh israel

Afdlin bersama Zain Saidin dan Bront Palare


Anak anak ni meraikan kita dengan membaca ayat ayat quran dan lagu-lagu semangat palestin. Tersentuh betul hati, meruntun jiwa saya melihat keikhlasan mereka.



sumber : mediacyber

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. teruskan usaha murni ini..moga Allah memberkati perjuangan afdlin shauki...Amin

    ReplyDelete
  2. insyaallah....kita kat sini hanya mampu berdoa dan derma ikhlas utk warga palestin disana

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -