Assalamualaikum..........
Pagi nie agak lewat masuk ofis sebab bawak my daughter pegi klinik. Actually malam tadi dia demam panas, suhu cecah 38 ºC. Then bila nak bagi ubat check dalam fridge memang stok ubat dah habis, means dah takde. So malam tadi tawakal je lah mandikan dia dengan air suam sebab nak turunkan suhu, so bangun pagi the fever still there but dah kurang skit. Lega skit.
So pagi nie memang mengantuk jugak la sebab terpaksa berjaga malam dok monitor si kecik tu. Then pagi nie ter 'google' tips untuk elak mengantuk dari blog Life Kami, saya kongsikan beberapa tips berguna yang dirasakan sangat berkesan di mata dan hati.
1) Baca potongan Ayat Qursi
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
maknanya: "DIA (ALLAH) TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR"
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi sebanyak 3 kali sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan kita ditambah dengan ayat :
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" (3 kali)
2) Berhenti / Berehat
- Berhenti
sebentar membuat kerja, rehat dulu ambil nafas, cuci muka, kalau dah masuk waktu
solat pergi la bersembahyang dulu, air wuduk tu dapat menyegarkan kita.
3) Makan / Minum
- Makan
atau minum apa yang patut, kalau dalam kereta senang la kan,kalau kat
tempat kerja kunyah la apa yang patut bagi tak nampak. Selalunya ramai
diantaranya menghisap rokok dulu lebih-lebih lagi masa memandu, sebaiknya
elakkan lah hisap rokok tu yer tau-tau je la kan, ayat biasa korang
dengar rokok merbahayakan kesihatan.
4) Bersembang / Berlawak
- Kalau
semasa memandu korang buat-buatlah bersembang dengan kawan sebelah tu,
cerita le apa-apa pun, kalau bole buat lawak sikit baru rasa cergas jer. Kalau kat opis, sembang tu jangan la kuat2 sampai ganggu ofismate lain. Jaga adab bro.
5) Zikir / Muzik
- Pasang
la zikrullah ke, lagu nasyid ke, lagu mat saleh ke, apa-apa yang
boleh menghilangkan sunyi dan rasa bosan di tempat kerja atau kenderaan.
6) Kesakitan
- Buat
diri korang rasa sakit, sakit sikit je le jangan sampai luka pula,
contohnya cubit peha ke, tampar pipi ke tak pun tarik bulu hidung,
perghh yang ni boleh berair mata dibuatnya. mesti ramai yang buatkan.
Wassalam......nak tidur jap....hu3
thanks atas info ni...mmg dok kat opis ni pun ngantuk time pagi2...huhu
ReplyDeletesama2....tambah2 hari isnin memang hari malas sedunia...hu3
ReplyDeleteEden biasa layan JOHARA kat radio Era tu....layan lawak diorang...hehehehe
ReplyDeleteselalunya sy bwk towel lembab
ReplyDeletewah...wah..tips bagus nie,,,mengantuk lagi...ubatnya tidur ...
ReplyDeletemselim3
pls: Jangan tidur pulak nanti kena buang keje pulak..huhuh
Mohd Selim Zainal : thanks....waktu pg dan tghhari yg slalu ngantuk
ReplyDelete