- Back to Home »
 - Masjid Sheikh Zayed »
 - Keindahan Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi
 
Posted by : Unknown
14 February 2013
Dubai – Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
 telah diumumkan sebagai masjid yang paling banyak diperkatakan di 
seluruh dunia kerana keindahan hasil rekaannya yang bercirikan kesenian 
Islam.
Pada tahun lalu sahaja seramai 4.6 juta 
jemaah dan pelancong telah melawat masjid berkenaan dan ia kini berada 
sebaris dengan Colosseum, Eiffel Tower, Sydney Harbor, New York’s 
Central Park dan Table Mountain di Cape Town. Menurut laman web TripAdvisor,sebanyak 1,400 ulasan dibuat dalam masa tujuh hari, bermula Isnin lalu.
“Dengan tersenarainya dalam laman web 
terkemuka dunia itu, ia merupakan satu pengiktirafan kepada keindahan 
dan hasil kerja mereka yang terlibat dalam pembinaan masjid ini,’’ kata 
pengarah masjid berkenaan, Yousif al Obaidli.
Majis itu turut menggunakan lampu 
bertahtakan emas 24 karat dan dihiasi dengan permaidani buatan tangan 
yang terpanjang di dunia.
Selain itu, penggunaan sistem pencahayaan yang menyinari bangunan berkenaan pada waktu malam, telah menambahkan keindahannya.
Ia dibina Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan dibuka pada 2007, iaitu pada hari Raya Aidiladha.
  
  



  




sumber gambar - NationalGeographic

pehhh...cantiknyer masjid nie,,,rasa nak dok aje kat masjid nie...
ReplyDeletetenang aje......
mselim3
first time tau pasal masjid nie.....tu terus post kat blog
ReplyDeletesngt hebat,,!!..bru je thu mgenai masjid nie..mtak share bole tuan admin?...
ReplyDeleteFizi Zaidi : silakan share bro
ReplyDelete