Posted by : Unknown 08 May 2013



Assalamualaikum......

Cerita pasal PRU 13 nie takkan reda walaupun semua telah sedia maklum Barisan Nasional kembali mengekalkan kuasa sebagai sebuah kerajaan 'pilihan rakyat'. Apa-apa pun sekalung 'tahniah' buat PM Datuk Seri Najib Razak yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri untuk penggal ke 2.

Alhamdulillah saya juga berpeluang untuk balik mengundi di kampung halaman di kawasan parlimen Parit Buntar. Sedihnya saya terpaksa 'berpisah' sementara dengan isteri dan anak tersayang sebab dia balik mengundi di kawasan parlimen Temerloh. Nak buat macam mana kan, mengundi 5 tahun sekali so kena juga berkorban. Syukur alhamdulillah pengorbanan kitaorang berbaloi kerana calon di kedua-dua perlimen tersebut menang. He3
replika kapal selam scorpene di kampung saya

Kita sebagai rakyat marhaen sangat berharap mereka yang dipilih sebagai Yang Berhormat dapat menunaikan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing2. Sentiasa turun padang menyelami masalah rakyat sekurang-kurang seminggu sekali dan seterusnya bertindak cekap dan cepat untuk membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Janji mesti ditepati bukan dicapati.

Semoga barisan kabinet 'dapur' yang bakal dibentuk nanti sekurang-kurangnya solat 5 waktu cukup, mampu membaca al-Quran, cukup sifat, bebas daripada rasuah, bebas jenayah kemanusiaan, tiada rumah sebesar istana, dan yang sewaktu dengannya.

Contohilah seperti Acheh, Indonesia dimana wakil rakyat yang ingin menjadi calon mesti menjalani ujian kemahiran membaca al-Quran sebagai syarat utama.


Wassalam...

Islam Diutamakan, Rakyat Didahulukan.

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. mselim3 dah 3 kali mengundi....

    pape pun terBaik ..undi calon yang berwibawa k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mselim mengundi kat mana......sure calon terbaek dan bersih

      Delete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -