- Back to Home »
- arab idol »
- Pemuda Palestin Juara ARAB IDOL (video)
Posted by : Unknown
27 June 2013
Ribuan penduduk Gaza berhimpun di selatan sempadan antara Mesir
dengan Palestin bagi menyambut kepulangan pemenang pertandingan nyanyian
peringkat antarabangsa, Arab Idol, semalam.
Menurut pegawai kira-kira 4,000 orang bersorak sebaik Mohammad Assaf, 23, mula memasuki kawasan sempadan dalam Palestin.
“Kemenangan Mohammad dalam Arab Idol pada Sabtu lalu, amat menggembirakan penduduk di sini dan mereka meraikannya,” katanya.
Penyertaan Mohammad di dalam Arab Idol juga dianggap sebagai simbol penyatuan beberapa wilayah Palestin.
Malah kemenangan anak muda itu turut mendapat pujian daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta beberapa pegawai Hamas yang memerintah Gaza.
Sementara itu, menurut laporan berita tempatan AP, selepas berada beberapa hari di Palestin, Mohammad bakal berpindah ke Dubai bagi melakukan proses rakaman lagu serta mengembangkan kerjayanya.
sumber : mynewshub.my
hebat2
ReplyDeleteboleh tahan.....org palestin sgt bangga dgn dia nie
ReplyDeleterezeki dia..
ReplyDeleteharumkan nama palestine....nyanyian betuk nasyid
Deleteada dengar suaranya. not bad. tapi biaselah orang arab bila nyanyi, kita melayu yg dengar bunyi dah macam mengaji pon ada.
ReplyDeletebetui tu....lagu arab nie mmg mcm tuu....
Deleteglamer dh pasni
ReplyDeleteat the same time dia naikkan nama palestine skali
Deletetak sangka kan ^^
ReplyDelete