Posted by : Unknown 10 July 2013


Assalamualaikum........
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan........

Alhamdulillah hari nie dah masuk 1 Ramadan, siapa puasa sila angkat kening.Syukur pada Allah kerna kita masih diberikan peluang bertemu bulan Ramadan kali ini, belum tentu lagi kita dapat bertemu Ramadan akan datang. So dalam bulan nie la kita nak mulakan azam baru, atau nak mulakan perubahan dalam diri. 
  1. Pada yang jarang2 pegi surau/masjid before nie, rajin2kanlah pegi buat terawih kat sana, at least dapat solat Isyak jemaah sekali (nasihat utk diri sendiri).
  2. To my beloved siblings and friends and so on, pada yang merokok tu time nie la nak berenti merokok, simpan duit tu buat blanje berbuka karang, tak pun sedekah jer kat surau time pegi terawih nanti.
  3. Kalau nak berdiet atau nak dapatkan berat badan asal masa 20 tahun dulu, memang sesuai sangat time nie. Tapi jangan plak time berbuka kau melantak burger mcD 3 ketul, burger abang burn 4 ketul, tutti frutti cup paling besar 2. Memang makin kembang setaman la body kau. Pastu dah tak larat nak buat terawih, so apa pun tak dapat.
Kesimpulannya bulan Ramadan nie boleh dijadikan permulaan untuk kita berubah ke arah kebaikan, selain berfungsi sebagai madrasah Ramadan yg mendidik kita bersederhana, mengawal nafsu dan meningkatkan amalan sepanjang Ramadan.
Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.



Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.
Waallahualam.

{ 14 comments... read them below or Comment }

  1. Replies
    1. me too.....salam ramadan dan selamat berpuasa

      Delete
  2. Selamat berpuasa. Wan dah angkat kening dah sbg tanda puasa. Hehehehe...thanks for the sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak2....he3.....moga posa penuh tahun nie...hu3

      Delete
  3. byk kebaikan bulan Ramadhan..apa pun selamat menjalani ibadah puasa!! \(^o^)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak....semua yg kita buat boleh jadi ibadah

      Delete
  4. Salam Ramadhan daripada nasihangit. Hehehe ;3

    ReplyDelete
  5. salam ramadan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan..thanks perkongsian itu...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2....nasi hangit....unique nama nasik hangit tu

      Delete
  7. semoga puasa kita diberkati Allah SWT



    http://www.noormalashahar.com.my

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -