Posted by : Unknown 04 July 2013

Morsi

Agak sedih dengan berita yang saya dengar pagi tadi, presiden yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir digulingkan oleh rakyatnya sendiri. Semoga Allah melindungi presiden Morsi dan rakyatnya.

Tentera Mesir Guling Morsi

KAHERAH: Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat semalam selepas ketegangan selama seminggu yang mengorbankan kir-akira 50 orang ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.

Sisi juga mengumumkan perlembagan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan dan bakal mengadakan pilihan raya presiden dalam tempoh terdekat. - AFP

Berita sebelum digulingkan.
Presiden ikrar pertahan jawatan dipilih secara demokratik

Kaherah: Panglima tentera Mesir dan Presiden Mohamed Mursi masing-masing berikrar untuk mati demi perjuangan mereka ketika tarikh akhir semakin hampir kepada kemungkinan pengambil alihan kuasa tentera yang disokong penunjuk perasaan.
Ketua tentera yang berikrar untuk mengembalikan keamanan selepas tunjuk perasaan berikutan pemerintahan berteraskan Islam Morsi, mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Saat Terakhir’ menegaskan kesediaan untuk kembali berjuang.

Mereka juga mengaku bersedia untuk pertumpahan darah bagi menentang ‘pengganas dan kebodohan’ selepas Mursi enggan melepaskan jawatannya.

Sedia mati syahid

“Panglima tentera mengadakan satu mesyuarat krisis,” kata satu sumber tentera, kurang lima jam sebelum kata dua tamat bagi Mursi sama ada bersetuju untuk berkongsi kuasa atau memberi laluan bagi satu penyelesaian tentera.

Sementara itu dalam satu ucapan penuh emosi menerusi televisyen pada tengah malam, Morsi berkata beliau dipilih secara demokratik dan perlu terus mempertahankan jawatannya bagi memenuhi perlembagaan.
“”Harga mempertahankan kesahihan ini adalah nyawa saya,” katanya.

Jurucakap rasmi pergerakan Ikhwanul Muslimin pula berkata penyokongnya bersedia untuk mati syahid demi mempertahankan Mursi.

“Hanya satu cara kita boleh lakukan, kita akan menjadi benteng antara kereta perisai dan presiden,” kata jurucakap dan penasihat hal-ehwal luar Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad pada satu bantahan pergerakan itu di pinggir Kaherah yang menempatkan bangunan tentera dan berhampiran istana presiden.

“Kita tidak akan benarkan cita-cita dan hasrat rakyat Mesir dipermainkan angkatan tentera,” katanya.

Akhbar kerajaan Al-Ahram meramalkan Mursi sama ada meletak jawatan atau dipaksa meninggalkan pejabatnya manakala tentera akan mewujudkan majlis presiden dengan tiga anggota yang akan dipengerusikan oleh ketua Mahkamah Perlembagaan.

Satu sumber tentera berkata beliau menjangkakan tentera akan memanggil tokoh politik, sosial dan ekonomi selain aktivis pemuda untuk berbincang bagi merangka masa depan negara itu.

sumber BH

{ 2 comments... read them below or Comment }


  1. Dalam menangani kemelut politik Mesir di mana Ikwanul Muslimin pimpinan Mursi tidak punyai kuasa untuk mendepani pembangkang serta memenuhi tuntutan mereka, maka cara yang ideal ialah rampasan kuasa tentera sebagai jalan penyelamat terakhir.

    Ikutilah kupasan saya dalam,”Krisis Politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II”

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

    ReplyDelete
  2. thanks for da comment....insyaallah akan singgah utk baca kupasan saudara...

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -