Posted by : Unknown 10 September 2013

Assalamualaikum.........
Terkedu seketika bila terbaca berkenaan seorang bayi yang lahir dalam keadaan tidak normal dimana otaknya berada diluar tempurung kepalanya dan beberapa masalah lain. Besar sungguh ujian Allah buat hambanya ini, semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga ada insan mulia yang dapat membantu menanggung kos perubatan dan pembedahan mereka. Insya Allah...

Batu Pahat: Ketika kandungan berusia empat bulan, Hamira Samsudin, 25, dimaklumkan doktor anaknya tidak normal.

Pada 3 Ogos lalu, Nur Imanina Jaferi dilahirkan dan kali ini, Hamira bukan hanya menangis kerana bersyukur, malah turut sedih kerana anak keduanya itu bukan saja tidak mempunyai lubang dubur, malah buta kedua-dua mata selain otaknya berada di luar tempurung kepala.
“Hiba hati saya sebaik melihat keadaan Nur Imanina, ia cukup menyedihkan,” kata Hamira ketika mengimbau saat pertama dia menatap wajah anaknya.

Menurut Hamira yang tinggal di Parit Samijan, Parit Raja, di sini, walaupun Nur Imanina dalam keadaan tidak sempurna, tetapi bayi berkenaan tetap anugerah Tuhan kepada keluarganya.

Foto
HAMIRA memangku Nur Imanina di rumahnya di Parit Raja, semalam.

“Saya dan suami, Jaferi Isnin berusia 33 tahun menjaga Nur Imanina dengan teliti bagi memastikan penderitaannya tidak bertambah.


sumber mymetro.

{ 7 comments... read them below or Comment }

  1. ujian dari Allah utk setiap org tuh laen2. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul :'(

    ReplyDelete
  2. setiap manusia mempunyai ujian yang berbeza, diharapkan agar baby tu dapat hidup seperti biasa...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... sedih pulak mselim3 tgk kepala bayi tu...

    mselim3

    pls: sedih dan kesian..

    ReplyDelete
  4. dugaan Allah kepada umatnya...mudah mudahan pasangan suami kepada adik nur imania terus tabah dgn ujian ini..

    ReplyDelete
  5. sedihnya dgr...stiap mnusia x akn lps drpd ujian ALLAH

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -