Assalamualaikum.......
SOLAT merupakan tiang agama, waima walau di mana kita berada. Setiap
umat Islam tidak terlepas daripada kewajipan melaksanakannya walaupun
berhadapan segala kemungkinan sama ada situasi cemas atau sebagainya.
Hal itu menggambarkan bahawa solat adalah asas kepada sesuatu
pegangan umat Islam selain ia merupakan ibadah berbentuk harian jika
dibandingkan kewajipan lain seperti zakat, puasa dan haji yang
dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
Ramai yang beranggapan ketika menaiki kapal terbang kita tidak perlu melaksanakan solat, tunggu hingga tiba ke suatu destinasi, baru solat dilakukan.
Tanggapan itu sebenarnya adalah salah kerana tuntutan solat hanya gugur
apabila seseorang itu berada dalam keadaan pengsan, haid bagi wanita dan
sebagainya.
Cara-cara solat dalam kapal terbang
1. Duduk menegakkan badan
2. Niat solat lalu mengangkat takbir dan bacaan lain dalam solat
3. Rukuk dengan menundukkan kepala sedikit dengan tangan diletakkan atas lutut
4. Kemudian sujud dengan dahi menyentuh kerusi hadapan
5. Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal, tahiyat akhir dan memberi salam adalah kedudukan seperti duduk biasa
Solat hormat waktu
Bagaimana hendak mengambil wuduk ketika dalam penerbangan sedangkan
penggunaan air adalah terhad. Jika air berlebihan, boleh mendatangkan
kemudaratan kepada kapal terbang. Sehubungan itu, penumpang boleh bersembahyang tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Menghormati Waktu.
Ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau
sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamun bagi menunaikan
solat. Dalam hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu.
Pada asalnya solat ini bermaksud wujudnya
kecacatan syarat yang tidak mencukupi iaitu tidak boleh berwuduk dan
tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu
solat masih ada ketika itu.
Namun jika masih dalam waktu solat, ia perlu
mengulanginya. Tetapi jika sudah luput waktu solat, ia perlu
menggantikan (qada).
Artikel asal © Utusan Melayu
perkongsian yg sgt sgt bagus..
ReplyDeletesolat itu tiang agama kan? di mana2 pun boleh dilaksanakan..asalkan mahu, terima kasih di atas perkongsian ini...
ReplyDeleteAssalammualaikum...alamslegacy,
ReplyDeleteterima kasih perkongsian nie... solat boleh dilakukan dimana2 saja kan...
mselim3
terima kasih diatas penjelasan pasal solat dalam kapal terbang..hahaha...
ReplyDelete