Posted by : Salam Yahya 27 November 2013

rozita che wan
gambar credit to Beautifulnara

PENDAKWAH bebas Ustazah Zawiyah Hassan menegur trend golongan artis atau orang ramai yang berkahwin sehingga sanggup membelanjakan wang sehingga berjuta-juta ringgit kerana ianya satu pembaziran.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang Allah termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis.


“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya.


Beliau berkata hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Bagaimanapun, Ustazah Zawiyah berkata apa yang membimbangkan apabila perkahwinan besar-besaran hingga berlaku pembaziran seolah-olah menjadi satu budaya ketika ini sedangkan pada masa sama terdapat ramai lagi orang yang memerlukan.

“Kahwin itu satu ibadat, tetapi kita buat perkara yang dilarang seperti membazir, bermegah dan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, bagaimana nak dapat keberkatan Allah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Ustazah Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.


“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Semalam, Metro Ahad melaporkan mengenai hari bahagia pelakon sensasi, Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin yang layak digelar ‘Wedding of The Year’ atau “Perkahwinan Paling Gah Tahun Ini” berikutan belanja keseluruhan majlis berkenaan dianggarkan mencecah RM1.21 juta.


Pasangan popular itu bertuah kerana sebaik mengumumkan akan berkahwin dalam masa terdekat, pelbagai pihak tampil menawarkan diri untuk menaja hari bahagia mereka dan sehingga kini tajaan sahaja sudah mencecah RM13 juta.

Tanpa mahu bergantung kepada penaja semata-mata, Che Ta dan Zain dilaporkan mengeluarkan belanja kira-kira RM300,000 bagi merealisasikan majlis perkahwinan idaman mereka.

{ 3 comments... read them below or Comment }

Tourist

Google+ Followers

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -