- Back to Home »
- OST PISA , Sinopsis Playboy Itu Suami Aku »
- Sinopsis Playboy Itu Suami Aku TV3
Posted by : Unknown
07 November 2013
Drama Playboy Itu Suami Aku?! ini bakal ditayangkan bermula pada 11 November 2013 di Slot Akasia di TV3 menggantikan drama Love U Mr Arrogant.
Playboy Itu Suami Aku Slot Akasia Di TV3
Playboy Itu Suami Aku Slot Akasia Di TV3
Sinopsis
“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboyitu. Seorang playboy yang
kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama
‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji
tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina Dan Ibu Raja Adrian
Pertemuan Afina dengan Puan Sri
Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga
di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke
lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk
bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar
yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja
Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah
dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju
kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan
tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila
dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Playboy?
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu!
Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah
berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk
dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan
saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati
masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus
meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang
memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu?
Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya,
dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?
novel sury ryana memang tidak pernah mengecewakan...
ReplyDeleteDrama gantian selepas Love You Mr Arrogant kan..Tak tahu macamana lagi samada best ke tak sebab kawe memang tak suka baca novel melayu.. Buku Harry Potter ok la.. Pernah tengok pelakon wanita tu berlakon.. Ok.. Cuma yang heronya tak tahu lagi.. Apa-apa pun, kena tunggu minggu depan la tu... :)
ReplyDelete