Posted by : Unknown
01 November 2013
Dengan raut wajah kemerah-merahan, lelaki pemalu kelihatan lucu dan
comel apabila disakat. Jenis lelaki ini sukar untuk ditemui, mereka
adalah lelaki yang kurang bercakap dan kelihatan ‘gabra’ apabila
berdepan dengan seorang wanita buat pertama kali.
Meski kebiasaannya lelaki ini baik, namun hubungan dengan lelaki pemalu
ini ada kalanya mengundang masalah terutama sekali untuk berkomunikasi.
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Buat wanita yang telah
terpikat atau punya pasangan lelaki pemalu, ini penyelesaian untuk anda.
1. Wanita perlu memulakan perkenalan
Lebih baik berani meluahkan dari membiarkan si lelaki tidak tahu bahawa
selama ini anda menyukainya. Luahkan sebelum dia menjadi milik orang
lain. Dalam sesetengah perkara, wanita perlu berani mencuba untuk
kebahagiaan masa depan. Tidak salah mencuba dari tidak mencuba langsung.
Selalunya lelaki pemalu itu akan memberikan maklum balas walaupun ia
mungkin mengambil masa.
2. Gunakan cara non-verbal
Pada ketika ini, cara meluahkan perasaan suka dan cinta semakin berubah.
Dahulu, meluahkan rasa suka mungkin dengan cara mengutus surat.
Sekarang, ia boleh diluahkan menggunakan khidmat pesanan ringkas sama
ada melalui laman sosial seperti Facebook, video Youtube. Cara ini semua
dipanggil nonverbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila
ada wanita membuat cara seperti ini, pasti si lelaki pemalu itu menjadi
kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham bahawa wanita itu
betul-betul menyukai dirinya.
3. Malu biasanya cuma sementara
Lelaki pemalu biasanya menjadi pemalu pada saat permulaan perkenalan
sahaja. Bila si wanita sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula
selesa berbual dengan wanita itu, rasa malunya berkurangan sedikit demi
sedikit. Mereka pemalu kerana kurang biasa dengan golongan wanita, gugup
dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu
ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari
sinilah bermulanya cinta seorang teman.
4. Bicara topik umum
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ini berbicara mengenai
topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaan cuaca, isu semasa
(contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan
filem-filem terbaru, lagulagu terbaru atau tentang sesebuah hobi. Lelaki
pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya
mereka melakukan hobi yang mereka suka buat seperti membaca, melukis,
atau menulis blog, melayan Facebook, mengedit gambar, mengarang cerita
atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ini apa yang selalu
dilakukan pada masa lapang. Bila dia sudah galak bercerita, wanita sudah
boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!
5. Santai wajah, suara
Ajak si lelaki pemalu dengan anda ini santai. Jangan cuba kuasai dia
dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dirinya
kerana dia pemalu. Sebaliknya bawa dia bercerita dengan cara santai,
sepertimana bercerita-cerita dengan rakan-rakan lain. Ketika ini
tetapkan bercerita walau mata anda melihat ke arah lain bukan ke arah
anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara perlu disantaikan atau
biasa-biasa sahaja. Elakkan menjadi terlalu nyaring dan terlalu
perlahan. Anda sebagai wanita perlu banyak main peranan. Jarak diri anda
dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu
dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh mendengar suara anda.
sumber cari.com.my
kelakar pula baca..sebab fizi tinggal dgn serumah dengan kawan yang ada ciri2 lelaki pemalu..eheh
ReplyDeleteMula2x memang nampak malu tetapi baru tau perangai sebenar..hahah..anyway, thanks for sharing..haha
ReplyDeletesaya memang pemalu.. *tetiba*.. hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum bro.. Satu tips yang menarik untuk jejaka macam kawe ni.. Tiba-tiba rasa malu.. :)
ReplyDelete