Posted by : Unknown
06 December 2013

Semuanya
bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB),
pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan
dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga
(Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar
Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay
Corporation Bhd (YTL). Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama
ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas
Paka dan Pasir Gudang.
Perjanjian
PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun
tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan
pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993
monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila
tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan
elektrik kepada Grid Kebangsaan.YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri
Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA
dengan TNB)Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar
Al-BukharyPort Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda KrishnanPowertek
Bhd - Tan Sri T. Ananda KrishnanGenting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri
Lim Goh TongSetiap apa yang terjadi pasti ada puncanya.
Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?
Semuanya
bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992
sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48
jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awamAkibatnya, Tun
Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan
tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992
itu
Akhirnya,
IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negaraPada
masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida
kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit
Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia
pada masa itu seperti :Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)Ananda
Krishnan (Maxis)Lim Goh Tong (Genting)Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC
Corporation).
Mereka
juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka
tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya
:Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)Keuntungan IPP
akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum). Kontrak IPP
mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi
Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga
sehingga hampir 50%.
Akhirnya
yang terkesan TNB juga : TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun
TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar
perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinyaSehinggalah
berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk
dalam sejarahPenyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan
kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrikGelombang
kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada
pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang
dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian
kontrak IPP.
Walaubagaimanapun,
TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima
“bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama
IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan
sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.Sejak
tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang
terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan
iaitu sebanyak RM116.4 bilion.
IPP
sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion
(42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain
seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV
menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja
sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah
subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.Setakat ini, Petronas telah membayar
sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan
Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang
terbesar “peti simpanan negara”.
Sepatutnya
keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi
sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan
TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih
Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam
bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.
Pada
tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli
elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB
meningkat sebanyak 2.4% kepada daripadaRM16.974 billion (tahun
2009)RM17.379 billion (tahun 2010)Ini semua disebabkan pembayaran yang
lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528
billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827
billion).
Disebabkan
kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap
tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.Tak sukar untuk
IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh
pengguna elektrik di Malaysia :Beli gas pada harga subsidi
(sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada
harga pasaran dari Lapangan West Natuna, IndonesiaIa juga bermaksud,
Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang
tinggi untuk dibekalkan kepada IPP.
Secara
tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan
menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih
tinggiTNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu
sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh)Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga
pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan
boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh) TNB
terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas
dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain. Tarif
elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesanInilah yang
dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan
atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya
di Malaysia.
P/S
: Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di
Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan
atau taikun-taikun kaya di Malaysia?
sumber facebook Pejuang Reformasi
Baru tahu kisah sebenar...
ReplyDeletehurmmmmm
ReplyDelete