Posted by : Unknown
04 April 2014
Assalamualaikum..........
Salam Jumaat buat semua rakan blogger, sedikit perkongsian keistimewaan hari Jumaat.
Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :
1. Berlakunya hari kiamat.
Jumaat
merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada
hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.”
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari
itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun
pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat,
(tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada
hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.
Hari
Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari
ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah
katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit
matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada
hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Jumaat
ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri
yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya
berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan
sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).”
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang
bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang
disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari
Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari
yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Daripada
Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak
seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat,
melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat
Tarmizi)
Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah
memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh
Allah s.w.t.
5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.
Sebelum
menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat
telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku,
memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian
yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku
pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan
memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.
Majoriti
ulama' berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua
khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan
khutbah kedua.
Daripada Abu Hurairah r.a. telah
meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda
bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui
oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat
sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang
dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan
tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
“Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila
meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah
memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada
sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
(Hadis riwayat Tarmizi).
Abi Burdah bin Abi al-Amusa
al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah
bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan
bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di
atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Wallahualam.