Posted by : Unknown 29 May 2014

KUALA KANGSAR: Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14 petang tadi. 


Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin.

Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah: "Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."

Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat.

Sultan Dr Nazrin Shah kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman.

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah.

BIODATA: Raja Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah
 
- Diputerakan pada 27 November 1956
- Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan  Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
- Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
- Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007
- Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Pendidikan
- Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
- Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)
- Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)

Khidmat 
- Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989 
- Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005 
- Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. good info. fyna nak copy entri nih boleh? backlink untuk blog ini.

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -