Posted by : Unknown 28 May 2014

Makluman terkini Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini 28/5/2014

Al Fatihah


user posted image

user posted image

user posted image IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi. 


Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung manakala bendera Negeri Perak selama tempoh perkabungan selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.


sumber BH

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -