Posted by : Unknown 14 May 2011

ilustrasi
Salam blogger semua,
Agak lama saya tidak berblogging kerana terlalu membusykan diri dengan kerja2 di pejabat. Sampaikan saya tiada masa untuk pergi bercuti bersama keluarga. Tapi dalam perancangan telah ada beberapa destinasi menarik yang ingin dikunjungi. Hopefully I have much time to  spent with my family for a holiday. 
But before that why not I spent time with my family to bersihkan rumah this weekend. Di sini saya notekan beberapa senarai penting, my priority semasa proses pembersihan dan kemasan (wife I, bab-bab kemas nie memang dia suka)
For ur info, membuat senarai kerja pembersihan rumah pada hari minggu adalah langkah bijak. Kerana ini, dapat membantu anda untuk memastikan yang rumah anda sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk tetamu yang tidak disangkakan akan hadir. Apatah lagi anda perlu fikir strategi yang sesuai untuk memudahkan anda mengemas selama 30 minit sehari.
Bukan sahaja dapat elakkan anda malu kepada rakan anda tetapi ia juga dapat membuat anda merasa selesa ketika berada dirumah sendiri. Tugas ini memerlukan anda meluangkan masa selama 30 minit sehari untuk memenuhi tugas pembersihan, jika anda mempunyai beberapa orang ahli didalam keluarga anda ia lebih baik daripada melakukan seseorang.
Pekerjaan 30 minit sehari ini terlibat didalam membersihkan setiap bilik, melakukan persiapan dan meneruskan kerja kepada bilik yang seterusnya. Bonusnya? anda dapat melakukan ini semua bersesuaian dengan senarai kerja yang telah sedia ada dan memerlukan peralatan yang sudah disiapkan untuk digunakan.
Jadi pastikan perkerjaan ini cuma mengambil 30 minit dan kesemuanya perlulah dilakukan secara berkumpulan :-
  1. Bersihkan semua tingkap, cermin atau barang-barang yang mengunakan cermin.
  2. Bersihkan bilik, bilik mandi, sinki, dan jangan lupa tandas anda sekali.
  3. Dapur, barang-barang masak perlulah disusun rapi dan diletakkan di tempat yang sesuai. Perkara ini haruslah dilakukan setiap minggu, sebab ini adalah tempat anda memasak.
  4. Kalau boleh, tukarkan cadar, selimut dan tuala anda dan pastikan dibersihkan.
  5. Bersihkan habuk di permukaan televisyen, lampu, dan sofa anda.
  6. Sapu atau gunakan penyedut habuk(vacuum) lantai anda dan jangan lupa untuk mop sekali. Periksa kandang peliharaan anda dan pastikan sentiasa bersih.
  7. Rehat sepenuhnya. anda telah berjaya membersihkan rumah anda selama 30 minit.
Jika anda ada masalah dalam mengemas rumah anda, eloklah anda meletakkan sesuatu benda itu senang untuk dicapai dan dikumpulkan setempat. Semoga ini dapat membantu saya dan korang semua yang dah dua minggu tak bersihkan rumah.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -