Filem epik hebat (pertama di Malaysia) yang diarahkan Yusry Abdul Halim iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dikritik hebat oleh pengulas filem di Amazon.co.uk. Rata-rata pembeli yang membeli DVD filem itu yang bertajuk "Clash of Empires: Battle for Asia" memberikan filem tersebut 1 bintang sahaja.
Filem yang dibintangi Stephen Rahman-Hughes, Dato Rahim Razali, Umie Nazeera, Khir Rahman dan ramai lagi bintang antarabangsa itu diedarkan Metrodome Distribution. Antara komen yang disifatkan agak pedas termasuklah komen dari pembeli yang menggunakan nama "Johnny Ramone" dari Hertfordshire, United Kingdom yang menyatakan filem tersebut "absolute trash". Manakala, "Bob Salter "Captain Spindrift"" dari Wiltshire, England pula memilih filem ini sebagai calon untuk Golden Turkey Awards. (Amazon.co.uk - boleh baca komen-komen kat weblink ni)
Itu antara sebahagian daripada komen-komen pedas yang dilemparkan kepada pembikin filem ini. Namun demikian, di sebalik kata-kata pedas yang dilontarkan, ada pembeli yang menyukai filem ini. Menggunakan nama "Mclovinwithfries", dia menyatakan filem ini menampilkan visual yang mengagumkan selain adegan aksi yang cukup cemerlang. "Mclovinwithfries" memberikan 4 bintang untuk filem ini.
ps : kos produksi untuk filem epik ini tidaklah segah filem2 epik luar yang mencecah beratus juta dollar. kalau kita ada bajet besar macam tu sure kita bleh buat filem yang setanding dengan mereka, mungkin lebih hebat lagi. Whateverlah, we always support industri perfileman Malaysia
credit to http://www.izyan.com/
biasalah orang putih memang payah nak puji hasil malaysia...depa bangga dan rasa depa lagi hebat dari kita...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletenamun begitu pujian perlu diberi kepada KRU sebab kberanian mereka untuk mengeluarkan filem seperti ini...yang dilengkapi dengan teknologi CGI...bukan senang nak buat camtu...
KRU boleh dianggap sebagai perintis dalam memperkenalkan teknologi CGI dalam industri perfileman Malaysia...
saya sgt menyokong usaha KRU ini..kerana melalui filemlah kita dapat memperkenalkan budaya kita kepada dunia...
apa2 pun..syabas KRU!!!..saya doakan KRU bertambah berjaya dalam karier mereka dan dapat mengeluarkan filem yang lebih baik pd masa depan..
ben ashaari: 5 blog pilihan hati