Posted by : Unknown 30 June 2011

 http://beritametro.net/wp-content/uploads/2011/06/malaysia-vs-taiwan-2011.jpg

Kita semua masih lagi segar dengan kemenangan skuad Olimpik Malaysia tempoh hari apabila berjaya menumpaskan Pasukan Olimpik Lubnan dengan jaringan 2 - 1.
Tahniah sekali lagi pada pasukan negara kerana berjaya menundukkan pasukan Piala Dunia Taiwan dengan jaringan 2 - 1. Semoga pasukan negara membawa semangat yang tinggi pada perlawanan kedua di Taiwan nanti. Berikut adalah ulasan yang sepanjang perlawanan berlangsung.
Ulasan separuh masa pertama:
Pada minit 15 pertama, malaysia agak lemah, Taiwan agak garang membuat beberapa percubaan yang agak merbahaya. Mereka menyedari Malaysia sukar untuk ditembusi. Mereka ada banyak percubaan dari luar kotak penalti sebanyak 4 kali. Malaysia agak kaku, tak mendapat rentak dalam permainan.
Taiwan, banyak juga membuat serangan dibahagian kiri,  pasukan ini lebih menguasai bola. Membuat percubaan yang agak merbahaya.
Sentuhan Safee Sali agak hambar, keserasian diantara pemain dan juga mungkin disebabkan sudah lama tidak digandingkan, membantutkan serangan yang agak tak menjadi.
Hinggalah minit ke 28, Safiq rahim memecah kebuntuan, hasil gandingan bola dari Safee Sali dan juga gunalan. Sepakan lencong kencang , menjadikan bola itu masuk ke gawang yang menjadi. Ruang yang agak sukar.
Malaysia terus mendapat peluang selepas itu, namun masih juga buntu untuk menghasilkan gol. Dalam pada itu juga, Taiwan juga ada sekali sekala membuat serangan secara rahsia.

Ulasan separuh masa kedua:
Kedudukan agak selesa pada minit ke 55, apabila Aidil Zafuan menaringkan gol kedua, buat malaysia. Namun, dilihat ,rentak serangan agak mula tak berapa menjadi. Hinggalah pada minit ke 77, kita leka dibahagian pertahanan tidak menjaga dengan baik. Tiada siapa yang mengejar pemain Taiwan.
Menyebabkan Taiwan mula garang, dan mendapat semangat kembali. Taiwan juga hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan. Malaysia memang ada  banyak peluang  yang disia-siakan Tetapi agak mengecewakan semua percubaan, tidak disempurnakan dengan sebaiknya.
Mengharapkan permainan pusingan ke 2 di Taiwan dengan kebolehan yang ada. Dan juga bekalan, yang perlu ada ialah disiplin. Focus, dengan kepercayaan dan semangat juang yang tinggi.
Biarpun kelebihan 2-1. Ini sedikit tekanan, buat malaysia perlu bekerja keras di tempat lawan pula. Walaubagaimanapun tahniah buat pasukan Malaysia kerana telah sampai ke tahap ini.
Go Harimau Malaya.........


credit to zikrihusaini.com for ulasan

{ 1 comments... read them below or add one }

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -