- Back to Home »
- News »
- Gambar Ribut Pasir Melanda bandar Pheonix
Posted by : Unknown
07 July 2011
Ngeri dan sungguh menakutkan, mungkin ada yang melihat kaca TV kelmarin mengenai kejadian ribut pasir yang melanda di kawasan Phoenix, seolah-olah ingin menelan bandar tersebut. Data Radar menunjukkan debu yang menjulang tinggi ribut telah mencapai setinggi 8000 hingga 10,000 kaki, atau hampir dua batu. Menunjukan ada kuasa yang tiada tandingannya, pasti ada sesuatu yang tersirat lagi tersurat.
Satu ribut pasir gergasi melanda bandar Pheonix, di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad dan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada malam Selasa lalu. Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.
Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.
Awan pasir yang bergerak melintasi lembah Pheonix itu telah menyebabkan ribut berlaku di kawasan Tucson. Menurut seorang pakar di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Paul Iniguez, ribut itu kemudian bergerak ke bahagian utara gurun sebelum merempuh kawasan bandar seperti satu ombak besar.
"Kami dengar daripada ramai penduduk bahawa ini adalah ribut paling hebat pernah mereka lihat," kata Iniguez. Ribut berkenaan adalah sebahagian daripada musim monsun di Arizona yang biasanya bermula pada pertengahan Jun dan berlanjutan hingga September.
ps - di Malaysia pun dah ada puting beliung....tak mustahil satu hari nanti ribut pasir juga akan sampai di sini
amerika serang negara orang
ReplyDeletealam sekitar serang dia balik
hehe
hye..singgah sini n folo skali..=D
ReplyDeletem'sia sekarang pun da ada ribut setaraf ngan ribut pasir..cthnyer masalah gejala sosial yg semakin menjadi-jadi mengalahkan ribut !!hehe
tu baru skit jer amaran tuhan pada diorg....tunggu balasan yg setimpal nanti
ReplyDeletethanks foloo alams...