Posted by : Unknown 01 November 2012


 
dipetik dari facebook Asyraf Isyraqi Jamil
 
New York City seakan kembali bernyawa apabila kelihatan cahaya matahari memancar di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang bersusunan setelah dipayungi langit yang mendung dan hujan yang bercucuran sejak tiga hari yang lalu. Manusia mula berpusu-pusu keluar ke tempat kerja dan belajar serta sebahagian besar pelancong mula kembali memenuhi dataran New York Times Square yang dilimpahi warna-
warni papan iklan digital di setiap penjuru. 
 
Ia merupakan suatu pengalaman yang mendebarkan apabila berada di dalam bandar Manhattan yang sejak tiga hari yang lalu sudah dihentikan perkhidmatan bas, keretapi dan subway (keretapi bawah tanah) serta ditutup segala jambatan dan terowong keluar. Walaupun bahagian Uptown dan Midtown bandar ini kelihatan bercahaya, namun kegelapan yang melanda bahagian Downtown-nya akibat keputusan bekalan elektrik telah menjadikan 'bandar yang tidak pernah tidur' ini begitu suram dan muram. Dahan dan daun pohon, sampah sarap, kain iklan, malah payung kedai berterbangan tatkala angin ribut melanda deras, lalu menjadikan manusia hanya mampu berteleku di dalam kediaman dan penginapan masing-masing. 
 
Siren polis, bomba dan ambulans kedengaran berkejaran ke sana-sini untuk memberikan bantuan dan perlindungan. Segala puji bagi Allah, keadaan semakin pulih dan kini para pekerja sibuk membersihkan laluan-laluan subway dan terowong-terowong kenderaan yang dilanda banjir, juga membersihkan jalan-jalan dan laluan-laluan kenderaan daripada segala yang berterbangan. Mungkin ada yang mengambil kesempatan, memandang sinis, memperlekeh atau menghukum atas segala yang berlaku. Alangkah indah jika dihulurkan doa, semoga Allah SWT menatijahkan yang terbaik buat manusia atas segala yang berlaku ini.

* Kami berpindah daripada kawasan Little Italy dan Chinatown di Downtown Manhattan ke kawasan Harlem yang berhampiran dengan Uptown Manhattan memandangkan urusan untuk mendapatkan visa Kanada menuntut kami bermalam beberapa hari lagi di bandar New York City ini. Segala puji bagi Allah, bertemu dengan masyarakat muslim yang agak ramai dan mesra di sini serta terasa begitu tenang apabila dapat solat berjemaah bersama-sama mereka di dalam masjid yang kecil ini (sempat juga mengimamkan solat Isyak bersama mereka). Hampir dua buah masjid sudah ditemui dan tidak sukar untuk bertemu kedai makanan halal. Semoga Allah SWT memelihara mereka yang terus utuh bersama agama-Nya di bumi 'Uncle Sam' ini.
— from Asyraf Isyraqi Jamil in Harlem, NY.

antara komen di wall saudara Asyraf Isyraqi Jamil mengenai taufan Sandy di US




sumber Mstar Online pula berkata....

Kerosakan dan kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Sandy telah membuat kehidupan ramai rakyat Malaysia di pantai timur Amerika Syarikat kelam kabut dan cemas. "Taufan Sandy melanda New York City dengan ganas, tetapi kita di New York akan keluar hari ini untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan!" kata pereka fesyen Zang Toi, 51. "Ia adalah agak teruk di sini!" kata model Carolyn Li Ming Geh.

Mereka bagaimanapun bersyukur kerana kawasan itu iaitu sebelah timur Amerika Syarikat kurang dilanda keganasan Taufan Sandy. "Ia adalah benar-benar cemas sebelum berlakunya taufan kerana orang bergegas untuk menyediakan dan menyimpan makanan," katanya.

Petugas di Universiti Columbia, Zarina Mustapha berkata dia telah membuat persiapan seperti taufan yang melanda sebelum ini iaitu Taufan Irene pada bulan Ogos 2011."Kebimbangan utama saya ialah terputus bekalan elektrik dan terpaksa menggunakan gas," kata Zarina, yang tinggal di kawasan pedalaman Queens, New York.

Pengarah Operasi Koleksi Barang Kemas Paz Tay Shar-Lyn, yang tinggal di Forest Hill, Queens berkata angin kencang menumbangkan beberapa pokok di kawasannya. Katanya, dia terpaksa memikirkan cara untuk ke Manhattan kerana mudah untuk ke pejabat selepas perkhidmatan kereta api bawah tanah terganggu.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa tiga senator Malaysia, Datuk Boon Som Inong, Datuk Muhammed Najeeb Abdulah dan S. Bagiam, yang telah menghadiri mesyuarat Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan. Boon berkata mereka telah dimaklumkan pada Ahad bahawa semua penerbangan laluan New York dibatalkan. Walau bagaimanapun, Boon berkata Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, telah cuba untuk mendapatkan mereka penerbangan terawal.

Muhammed Najeeb berkata ia merupakan lawatan pertamanya ke New York dan tidak menyangka akan mendapat pengalaman pertama terhadap bencana alam ini. "Kebanyakan masa, kami hanya tinggal di rumah. Kami cuba untuk keluar untuk membeli beberapa makanan halal, tetapi semua kedai-kedai telah ditutup, "katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang tinggal dalam timur Amerika Syarikat, berkomunikasi antara satu sama lain melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan update Facebook. Nur Yasmin Mohd Nuri, dari Boston, Massachusetts, berkata dia telah menghantar dan menerima banyak mesej teks dan panggilan telefon dari rakan-rakannya. 

Laman web sosial seperti "Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat" dan "Rakyat Malaysia di NYC", juga telah dibanjiri dengan ucapan dan kemas kini dari mereka yang berhadapan dengan Taufan Sandy.


Semoga  Allah melindungi semua umat Islam di sana terutamanya rakyat Malaysia. Wassalam.

{ 3 comments... read them below or Comment }

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -