New
York City seakan kembali bernyawa apabila kelihatan cahaya matahari
memancar di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang bersusunan
setelah dipayungi langit yang mendung dan hujan yang bercucuran sejak
tiga hari yang lalu. Manusia mula berpusu-pusu keluar ke tempat kerja
dan belajar serta sebahagian besar pelancong mula kembali memenuhi
dataran New York Times Square yang dilimpahi warna-
warni
papan iklan digital di setiap penjuru.
Ia merupakan suatu pengalaman
yang mendebarkan apabila berada di dalam bandar Manhattan yang sejak
tiga hari yang lalu sudah dihentikan perkhidmatan bas, keretapi dan
subway (keretapi bawah tanah) serta ditutup segala jambatan dan terowong
keluar. Walaupun bahagian Uptown dan Midtown bandar ini kelihatan
bercahaya, namun kegelapan yang melanda bahagian Downtown-nya akibat
keputusan bekalan elektrik telah menjadikan 'bandar yang tidak pernah
tidur' ini begitu suram dan muram. Dahan dan daun pohon, sampah sarap,
kain iklan, malah payung kedai berterbangan tatkala angin ribut melanda
deras, lalu menjadikan manusia hanya mampu berteleku di dalam kediaman
dan penginapan masing-masing.
Siren polis, bomba dan ambulans kedengaran
berkejaran ke sana-sini untuk memberikan bantuan dan perlindungan.
Segala puji bagi Allah, keadaan semakin pulih dan kini para pekerja
sibuk membersihkan laluan-laluan subway dan terowong-terowong kenderaan
yang dilanda banjir, juga membersihkan jalan-jalan dan laluan-laluan
kenderaan daripada segala yang berterbangan. Mungkin ada yang mengambil
kesempatan, memandang sinis, memperlekeh atau menghukum atas segala yang
berlaku. Alangkah indah jika dihulurkan doa, semoga Allah SWT
menatijahkan yang terbaik buat manusia atas segala yang berlaku ini.
* Kami berpindah daripada kawasan Little Italy dan Chinatown di
Downtown Manhattan ke kawasan Harlem yang berhampiran dengan Uptown
Manhattan memandangkan urusan untuk mendapatkan visa Kanada menuntut
kami bermalam beberapa hari lagi di bandar New York City ini. Segala
puji bagi Allah, bertemu dengan masyarakat muslim yang agak ramai dan
mesra di sini serta terasa begitu tenang apabila dapat solat berjemaah
bersama-sama mereka di dalam masjid yang kecil ini (sempat juga
mengimamkan solat Isyak bersama mereka). Hampir dua buah masjid sudah
ditemui dan tidak sukar untuk bertemu kedai makanan halal. Semoga Allah
SWT memelihara mereka yang terus utuh bersama agama-Nya di bumi 'Uncle
Sam' ini.
!" kata pereka fesyen Zang Toi, 51. "Ia adalah agak teruk di sini!" kata model Carolyn Li Ming Geh.
Mereka bagaimanapun bersyukur kerana kawasan itu iaitu sebelah timur Amerika Syarikat kurang dilanda keganasan Taufan Sandy. "Ia adalah benar-benar cemas sebelum berlakunya taufan kerana orang bergegas untuk menyediakan dan menyimpan makanan," katanya.
Petugas di Universiti Columbia, Zarina Mustapha berkata dia telah
membuat persiapan seperti taufan yang melanda sebelum ini iaitu Taufan
Irene pada bulan Ogos 2011."Kebimbangan utama saya ialah terputus bekalan elektrik dan terpaksa
menggunakan gas," kata Zarina, yang tinggal di kawasan pedalaman Queens,
New York.
Pengarah Operasi Koleksi Barang Kemas Paz Tay Shar-Lyn, yang tinggal
di Forest Hill, Queens berkata angin kencang menumbangkan beberapa pokok
di kawasannya. Katanya, dia terpaksa memikirkan cara untuk ke Manhattan kerana mudah
untuk ke pejabat selepas perkhidmatan kereta api bawah tanah terganggu.
Muhammed Najeeb berkata ia merupakan lawatan pertamanya ke New York
dan tidak menyangka akan mendapat pengalaman pertama terhadap bencana
alam ini. "Kebanyakan masa, kami hanya tinggal di rumah. Kami cuba untuk keluar
untuk membeli beberapa makanan halal, tetapi semua kedai-kedai telah
ditutup, "katanya.
good sharing..tak banyak yg menceritakan di blog tentangnya..
ReplyDeletesalam kenal :)
thanks sis.....salam perkenalan
ReplyDeletebalasan Allah
ReplyDelete