Archive for August 2012

Happy Besday Yang Ke-2 My Daughter


Bismillahirrahmanirrahim............Assalamualaikum

Cepat betul masa berlalu, hari nie tanggal 30 Ogos 2012 usia Imani dah menjangkau 2 tahun. Lahir sehari sebelum hari Merdeka boleh panggil anak merdeka gak nie kan. Makin comey, makin petah berkata-kata, dah pandai mintak itu ini. Anak pun sorang tu je kan, kita layankan je la karenah dia. Cuma satu je dia tak pandai mintak, nak adik baru. Tapi kalau dapat adik sure dia akan jadi kakak yang penyayang. Insyaallah.

Ayah dan Ibu harap Imani Tihani menjadi anak yang Solehah, dengar nasihat dan kata Ayah dan Ibu, don't be notty yer sayang, Smoga Allah sentiasa merahmati hidupmu. 

'We Love U Forever and Ever and After....'
30 August 2012
Posted by Unknown

Fenomena Dunia - Oppa Gangnam Style


Fenomena irama Korea kembali menghangatkan aliran muzik tempatan sejak pertengahan July lalu apabila lagu nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho) berjudul Gangnam Style mendapat sambutan hangat terutamanya dari peminat genre k-pop.

Mendapat hampir 70 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, lagu yang dibawakan oleh Psy itu bukan saja mendapat perhatian masyarakat biasa, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.
Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul manakala perkataan Style diwujudkan bagi menceritakan karekter penduduk di Gangnam.

Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari Girls Generation, Hyuna.
Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah Negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya.

Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti Wonder Girls, Super Junior, Girls Generation dan The Big Bang Theory, kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzik Korea malah lebih membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.

Kata Mereka (Artis /Reporter/ Blogger) Di Twitter : 








Apa Pula dari 9GAG :

For me  semua orang ada pendapat memasing, bg aku biasa2 saje.....tapi menarik sebagai hiburan. 

sumber: mynewshub.my
29 August 2012
Posted by Unknown

Tuah Peminat Samsung Terima Galaxy S3 Buatan Khas

Seorang peminat Samsung sengaja menghantar satu mesej kepada laman Facebook Samsung Kanada dan bertanyakan kepada mereka samada sudikah mereka memberikannya sebuah telefon terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S3 secara percuma kepadanya. Bersama mesej tersebut, peminat setia Samsung berkenaan yang bernama Shane Bennet menyertakan sebuah lukisan raksasa kartun sendiri. Peminat itu juga menyatakan di dalam mesejnya dia telah menggunakan dan memiliki barangan Samsung iaitu sebuah LCD TV, komputer riba dan model telefon Samsung Galaxy S. Anda rasa apakah jawapan Samsung Kanada?.

Samsung Kanada membalas mesejnya dengan menyatakan adalah mustahil mereka memberikan peminat mereka apa yang mereka inginkan dengan mudah begitu sahaja. Ini akan menyebabkan mereka ‘gulung tikar’ , kata mereka. Samsung Kanada turut membalas mesej Shane dengan lukisan seekor kanggaru menaiki unicycle.

Rupanya kisah Shane tidak berhenti setakat itu sahaja. Dikatakan beberapa hari sebelum Shane menerima telefon SGS3 berkenaan, dia telah dihubungi Samsung. Apa yang menarik telefon yang diterima oleh Shane Bennet beberapa hari kemudian merupakan buatan istimewa apabila dia mendapati lukisan raksasa yang disertakan oleh Shane pada mesej Facebook sebelum itu turut di abadikan pada badan telefon yang diterimanya. Malah bahagian badan hadapan serta gambar latar skrin turut direka bersesuaian dengan gambar tersebut. Samsung Kanada turut menjelaskan di dalam nota yang disertakan bahawa Samsung Galaxy S3 berkenaan merupakan buatan istimewa dan ia merupakan satu-satu seumpamanya di kanada.

Mesej Shane Bennet kepada Samsung Kanada

So dah tiba masa peminat Samsung membuat perkara yang sama kepada facebook Samsung Malaysia. Mana tau tiba2 depa nak bagi Samsung Galaxy Penumbuk percuma. he3

Sumber : MalayAndroid.com
Posted by Unknown

Mengaku Doktor Bedah, Siap Masuk TV3

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.

Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain. Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.

295267 414199018636235 1113550930 n 1 Penipuan Lelaki 26 Tahun Mengaku Doktor Bedah Siap Masuk TV3

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.

Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia.
“Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda,” katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.

Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya.
Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu.
“Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu,” katanya.

Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya.
Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana. 
Sinar Harian

28 August 2012
Posted by Unknown

Salam Aidilfitri & Merdeka

 Dari Saya dan Keluarga.....mohon Maaf Zahir & Batin......
27 August 2012
Posted by Unknown

#SaveJejai - Blogger Teratakarmo.com

Bissmillahirrahmanirrahim.......Assalamualaikum......

Bersyukur kepada Allah kita masih di berikan kesempatan untuk bernafas dan meneruskan puasa ramadan di hari ke 28. Tinggal sehari sebelum umat Islam seluruh dunia meraikan 1 Syawal, hari kemenangan setelah berpuasa sebulan.

Namun dalam kita gembira untuk menyambut lebaran yang bakal tiba, jangan kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. Pagi tadi tengah asyik mengadap blog, aku agak terkejut dan sedih tatkala aku membaca tentang bro Jejai dari blog Eyriqazz. Walaupun aku tak pernah jumpa dia, aku hanya mengenalinya melalui alam maya, tapi blog femes dia Teratakarmo sering aku kunjungi.

Masyaallah dia mengidap kanser paru-paru tahap 4 iaitu tahap paling kritikal. Menitis air mata jantan aku tatkala membaca luahan bro Eyriqazz mengenai bro Jejai. Sungguh berat dugaan yang ditanggung olehnya, namun Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya. (Al-Baqarah : 286). Rakan-rakan blogger juga telah mewujudkan group untuk facebook #SaveJejai.



Kini kos perubatan beliau sudah tidak ditanggung oleh majikan. Mari kita sama-sama membantu bro Jejai. Di bulan yang mulia ini, ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan buat bro Jejai. Korang boleh mengkreditkan sumbangan terus ke akaun milik bro Jejai atau isteri beliau..

Azhar Bin Ramli a.k.a Jejai (Maybank A/C No : 164351079691)

Mazliana Binti Othman (Maybank A/C No : 164089741562)


Semoga Allah yang membalas jasa baik kita semua yang membantu secara langsung ataupun tidak. Sama-sama kita doa untuk kebaikan dan kesihatan bro Jejai. Kepada bro tabahkan hati, kuatkan semangat, kuatkan iman, banyakkan doa kepada Allah memohon untuk meringankan beban yang sedang ditanggung. Insyaallah bulan ramadan nie doa kita akan sentiasa dimakbulkan Allah. Wallahualam.

Tolong sebarkan entry ini untuk membantu..
17 August 2012
Posted by Unknown

Akhirnya Van Persie ke Mancherster United


Manchester United akhirnya mencapai persetujuan dengan Arsenal untuk menandatangani penyerang Belanda, Robin van Persie, awal pagi tadi.

Namun perpindahan Van Persie dari Arsenal ke United hanya akan dimuktamadkan selepas pemain itu lulus ujian perubatan dan mempersetujui terma-terma peribadi bersama kelab barunya itu.

“Manchester United dengan bangganya mengumumkan bahawa persetujuan sudah pun dicapai dengan Arsenal berhubung pembelian Robin van Persie.

“Perjanjian tertakluk kepada ujian perubatan dan persetujuan terma peribadi. Pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kenyataan dikeluarkan United.

Van Persie, 29, menjaringkan sejumlah 37 gol sepanjang musim lalu bersama Arsenal dengan 30 daripadanya dijaringkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan kapten Arsenal itu muncul penjaring terbanyak.

Kehadiran Van Persie pasti disambut baik pengurus United, Alex Ferguson yang sudah lama meminati gaya permainan penyerang Belanda itu.

Pembelian Van Persie itu dianggarkan bernilai 22 juta pound.

sumber mynewshub.my
16 August 2012
Posted by Unknown

Wordless Wednesday - Sampin

Wordless Wednesday


baca boleh percaya jangan...
Posted by Unknown

Hari Ini 14 Ogos 2012 - Internet BlackOut Day

Assalamualaikum........
Rasanya ramai blogger dan pembangun web tahu Internet BlackOut Day ataupun Hari Internet BlackOut yang diadakan hari ini. Tujuannya untuk membantah akta baru yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam Seksyen 114A.

Jadi, Apakah itu Seksyen 114A?

Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini belum diwartakan lagi.
Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.

Apakah tujuan asal pindaan ini diperkenalkan?

Tujuan asal pindaan ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet.
Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar. Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak. Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.

Apakah kekurangan yang ada pada Seksyen 114A?

Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.
Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.
Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan ini tidak akan dapat memerangi jenayah siber dengan berkesan kerana pindaan ini secara tidak langsung melindungi penjenayah siber dengan meletakkan kesalahan ke atas mangsa mereka yang komputer atau akaun Facebook dan Twitternya digodam.

Apakah implikasi pindaan ini terhadap individu?

Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Mengapa kebebasan bersuara di internet perlu dipertahankan?

Perkongsian maklumat yang bebas dan terbuka merupakan asas bagi sebuah sistem demokrasi yang kukuh. Hal ini memastikan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang tepat supaya mereka dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses demokrasi di negara ini. Internet yang mampu mempercepatkan proses penyampaian maklumat berkemampuan untuk melancarkan proses demokrasi. Justeru, rakyat perlu menggunakan hak bersuara mereka tidak kira dalam apa jua bentuk termasuk di internet. Suara rakyat perlu didengar. Oleh itu, jika Seksyen 114 A yang baru ini dilaksanakan, prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara rakyat akan terjejas teruk.

Wallahualam....

Sumber dari laman #Stop114A dan Amanz.my
14 August 2012
Posted by Unknown

Yay! Senangnya Nak Dapat Duit Raya Dari Annas Easkey

Assalamualaikum.... halo broo.........jom join
Kepada blogger-blogger yang follow Annas! meh kita join.......

Contest: Duit Raya for Bloggers from Annas Easkey! 

Syarat-syaratnya adalah-
1. Buat satu entry dengan tajuk "Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey"
2. Penuhkan ayat-ayat dibawah dibawah:
  • Saya suka Annas Easkey kerana ' setiap kali saya melihat hasil seni fotografinya, saya berasa sangat teruja, teruna(pasal dah kawin) dan terbeliak bijik mata dengan buah tangan yang di rakamkan dengan lensa kamera mahalnya, dan pastinya anda takkan puas dengan coretan lensa beliau kerana setiap kali melihatnya anda akan berkata 'We Want More From Annas Easkey'
  • Baju Raya saya bewarna 'Pink Purple' satu set with my wife and my daughter.
  • kata-kata semangat buat Annas Easkey -Wow annas, memang best kalau jadi awak, your skill was so awesome, nobody can deny it. Keep up a good artwork with your lens, do a great job for your fans, maintain your style and just be yourseft. Insyaallah, i hope in the future you'll be the Best Photographer in this world.
3. Don't forget to comment your entry below Annas Easkey contest link : theannaseaskey.blogspot.com
Remember, pemenang akan dipilih berdasarkan entry yang menarik dan ayat yang kelass dan meletop!

Antara hasil terbaru lensa Annas Easkey yang da Bomb

Gudluck for other bloggers..........Wassalam.....
13 August 2012
Posted by Unknown

Miniatur Menara Berkembar Petronas Di Legoland Malaysia

Tarikan utama di Legoland Malaysia, miniatur Menara Berkembar Petronas.
 
Sekumpulan 15 jurubina Lego hanya memerlukan tempoh kira-kira setahun untuk menyiapkan pemasangan miniatur Menara Berkembar Petronas, salah sebuah projek gergasi taman tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Miniatur bangunan pencakar langit setinggi 10 meter itu adalah menara tertinggi yang terdapat di taman tema Legoland seluruh dunia..
Seorang pekerja melakukan kemasan terakhir pada model lego.
 
Menurut pereka bentuk Legoland, Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut, pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut.
Beliau berkata, pasukannya mengambil masa selama 5,500 jam untuk memasang lebih 542,000 kepingan lego bagi membina menara berkembar itu.
"Di dalam menara berkembar itu, lapan meter besi dan logam dipasang untuk menampung miniatur tersebut.
Miniatur bangunan Perdana Putra turut tersergam indah.
 
"Jika sesiapa saja ingin cuba membina bangunan tersebut dengan sendiri, ia akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan," kata Hunter ketika ditemui di tapak miniatur menara berkembar itu di Legoland Malaysia, baru-baru ini.
Miniatur Menara Berkembar Petronas itu adalah satu daripada 12 model lego yang mewakili 17 bangunan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di taman tema itu.

Salah seorang jurubina berasal dari Taiping, Muhammad Khairul Zainon Noor, 27, yang diberi penghormatan untuk memasang kepingan lego terakhir di puncak menara berkembar itu berkata ia adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.

Ikon terkemuka India, Taj Mahal.
 
"Ini adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya," katanya.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan taman tema seumpamanya pertama di Asia hampir siap dan akan dibuka kepada umum pada 15 September ini.

"Taman tema itu hampir siap dengan kebanyakan laluan dan infrastruktur sudah dipasang sepenuhnya.
"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kami sudah melakukan kemasan terakhir di taman itu dengan menguji laluan untuk roller coaster, memasang 15,000 model lego dengan 50 juta kepingan lego," katanya.

Masjid Putrajaya antara model bangunan yang dipasangkan di taman tema ini.
 
Boerst berkata, kira-kira 45,000 pas tahunan telah dijual dalam tempoh tiga bulan lalu.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legoland.my. 
sumber mstar online
06 August 2012
Posted by Unknown

6 Sunnah Rasulullah Ketika Ramadan

Assalamualaikum......
Salam Ramadan dan rasanya masih belum terlambat untuk wish selamat berpuasa buat rakan blogger semua.....walaupun hari nie dah masuk hari ke 13 kita berpuasa.


Blog pun dah bersawang....lama tak hapdet, so elokla entry untuk bulan baru nie dimulakan dengan entry yang bermanfaat. So today nak share dengan korang semua pasal SUNNAH RAMADAN yang saya ambil dari laman facebook Fattabiouni Malaysia . Layankan diri anda..
 


sunnah 1

SUNNAH 2

sunnah 3

sunnah 4

sunnah 5



sunnah 6 
Semoga apa yang dikongsikan akan menambahkan pengetahuan sekaligus meningkatkan amalan kita sepanjang bulan Ramadan nie. So apa tunggu lagi......selamat beramal.
02 August 2012
Posted by Unknown

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -