Posted by : Unknown 25 March 2013

Gambar DAVID BECKHAM tergelincir dan jatuh selepas membuat tendangan sewaktu lawatannya ke Kelab Bola Sepak Zall di Wuhan, wilayah Hubei China kelmarin. 

 
 

WUHAN, China - Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mengalami situasi memalukan apabila dia tergelincir dan terjatuh selepas melakukan satu aksi tendangan bola, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Bintang berusia 37 tahun itu jatuh di hadapan sekumpulan pemain bola sepak muda China semasa dia mengadakan lawatan di Kelab Bola Sepak Zall di wilayah Hubei kelmarin.

Beckham muncul di padang dengan mengenakan sut mewah berwarna kelabu dan memakai kasut kulit ketika mengambil tendangan.

Pemain kelab Perancis, Paris Saint-Germain itu dilaporkan menunjukkan cara mengambil sepakan percuma yang sempurna. Bagaimanapun, dia gagal untuk mengimbangi diri lalu jatuh terlentang.

Dia berada selama lima hari di negara tembok besar itu kerana memegang peranan sebagai duta sukan bola sepak China. - Kosmo

{ 7 comments... read them below or Comment }

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -