Posted by : Unknown 25 March 2013


KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas. – Mynewshub.my

Al Fatihah buat keluarga Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

{ 4 comments... read them below or Comment }

  1. Moga roh arwah di tempat dikalangan orang yang beriman dan golongan orang2 soleh...

    mselim3

    pls: Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. insyaallah....beliau salah seorang ulama yg disegani di Malaysia

    ReplyDelete
  3. Alfatihah buat Allahyarham.. Takziah buat family nya..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -