Posted by : Unknown
04 April 2013
10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan :
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah
sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan
kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan
dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah
rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah
mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan
sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun
walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang
gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas
anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah
mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini
membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah
kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi
yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi
mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada
usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan
pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka,
kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu
diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar
sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD
sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di
larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan
tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone
sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet
di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan
dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan
apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan
keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana
mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada
ketepatan saat dan minit.
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini
patutlah dasar 'pandang ke timur' diperkenalkan dulu
ReplyDeletemmg respek betul dgn org Jepun
ReplyDeletebetul tu.....now korea pun dah bersaing hebat seperti jepun
ReplyDelete