Posted by : Unknown 13 May 2013

Assalamualaikum......

My wife now dah 7 bulan lebih atau 32 minggu so persediaan menjadi bapa untuk kali kedua kena lebih lagi. Walaupun dah ada pengalaman during 1st child dulu, kena jugak mantapkan lagi ilmu kebapaan nie. Tengah dok surf facebook ternampak petua nie yang telah dikongsikan oleh beberapa orang rakan. Saya share disini utk panduan blogger2 yg bakal jadi bapa....... 

Me n my daughter Tihani semasa di Korea
Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa

 1. Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.

2. Kejutan kasih sayang. Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.

3. Ringan tulang. Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.

4. Sedia untuk kotorkan diri. Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.

5. Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.


6. Sediakan pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.

7. Belajar berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!

9. Kawal nafsu. Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.

10. Pastikan tabungan mencukupi. Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah.


sumber : mukabuku

{ 6 comments... read them below or Comment }

  1. nice sharing...bukan bapa jer... ibu pun kena biasakan ni...he he he..occay occay noted...semat dalam hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui2....petua nie terpakai utk semua....mummy n daddy...hu3

      Delete
  2. Memang besar betul tanggungjawab ye.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak tu amanah Allah....so kena jaga baik2....

      Delete
  3. tetiba aku ternampak post ni.bab jaga malam tu aku ok.. kejutan kasih sayang ok, ringan tulang perfect..bla bla bla.. err yang ke 9 tu..err :D

    ReplyDelete
  4. ha3.....yang ke 9 tu kena betui2, silap terjah kang kaki makan dia....tak la....kena tunggu masa yg sesuai....wife dapat cuti 3 bulan (gov) so 3 bulan la kita 'kena cuti'....he3

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -