- Back to Home »
- kutu babi »
- Kutu Babi Punya Pasal
Posted by : Unknown
15 August 2013
Assalamualaikum
Ramai yang penah dengar pasal makhluk nie tapi ramai yang tak kenal kan. Meh nak introduce kat korang makhluk yang telah menyerang aku masa hari raya tempoh hari, si kutu babi.
Nie aku amik daripada Wikipedia apa tu kutu babi:
Sengkenit, cengkenit, kutu babi atau pirah (bahasa Inggeris: tick) ialah nama biasa untuk araknid kecil dalam superkeluarga Ixodoidea, bersama dengan hama lain, membentuk Acarina. Sengkenit ialah ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan makan darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia.
Agak-agak la aku bukan haiwan mamalia ke burung ke yang dia nak makan darah aku kenapa? Dah tu takde tempat lain ke nak menempel, kat punggung aku jadi tempat dia cari makan, tempat censored tu jugak dia nak hisap darah.
Mana datang nye makhluk nie pun aku tak pasti, rumah kampung wife aku tu rumah tinggal, time raya jer balik. Aku dah perasan 2 hari sebelum tu, ingatkan bisul. Aku drive balik ke Nilai dari Mentakab tak rasa apa2 yg mencurigakan. Dah sampai Nilai aku dah rasa sakit, so check balik nampak ada makhluk nie bertenggek manja, area situ dah start merah dan lebam.
Try la nak cabut, sakit gila kot, cuba kali ke 2 nekad terus tarik sampai tanggal. Nasib baik baru lagi, kalau dah seminggu kompem kutu babi tu membesar dan susah nak tanggal dah. Belum seminggu so sakit tu masih kuat. Orang ckp tempat gigitan tu akan sakit agak lama sampai 2/3 minggu baru hilang. Wilayah sakitnya memang besar kalau nak dibandingkan dengan satu gigitan dia. Lagi bahaya kalau masuk dalam telinga, pengsan jap.
Nasib baik la kutu babi nie tak berminat nak menyerang anak2 aku tu, especially baby lnaas kalau tak kesian wei. Kalau kat haiwan memang banyak la makhluk nie bertenggek, aku rasa meow lah pembawa kutu babi nie. Kesian en meow kena fitnah.
Emmm.....korang penah kena ke dengan kutu babi nie?
memang sakit kalau kena gigit..... huhuhu tak mahu..
ReplyDeletesakit gila.....dah 2 minggu sakit still tak hilang....ada parut lagi
Delete