Posted by : Unknown 03 February 2014

Last week saya dan wife sempat terjah panggung wayang pada 30 Januari 2014 hari pertama tayangan Robocop di Malaysia. Memang full house la time nie, nasib baik dapat seat yang agak ok, tak terlalu dekat dengan skrin. Menjadi antara most awaited film untuk awal tahun 2014. Saya share sedikit sinopsis atau jalan cerita supaya mudah korang faham bila nak tonton nanti.

Robocop adalah filem reboot dari filem Robocop (1987) arahan Paul Verhoeven yang kali ini Robocop ini tampak lebih cergas dan lebih ‘ringan’ berbanding filem terdahulu. Watak Alex Murphy dikekalkan dengan sedikit pengubahsuaian jalan cerita, sesuai mengikut peredaran masa.

Berlatar belakang tahun 2028, Alex Murphy (lakonan Joel Kinnaman) seorang suami dan ayah yang penyayang, juga polis yang berdedikasi dan rakannya menyiasat satu kes penyeludupan senjata dan korupsi dalaman yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Pembunuhannya dirancang oleh ketua penyeludupan senjata, Antoine Vallon (Patrick Garrow) yang dibantu oleh dua rakan polis korup yang meletakkan bom di keretanya.
Kebetulan Omnicorp yang diterajui oleh Raymond Sellars (Michael Keaton) menginginkan robot yang dikawal oleh manusia dalam usahanya mengukuhkan industri robotik ketenteraan miliknya. Ini kerana walaupun ianya digunakan oleh pasukan ketenteraan, ianya tidak diterima oleh rakyat Amerika sendiri dan Majlis Senat. Mengambil peluang dari kemalangan yang menimpa Murphy, Omnicorp mencipta satu cyborg dengan dibantu oleh Dr. Dennet Norton (Gary Oldman).

Walaupun diubah menjadi cyborg, tetapi Murphy masih mempunyai memori lampau dan masih mampu mengingati malam kejadian yang menimpanya dan menyimpan dendam untuk memburu suspek utama kes tersebut. Konflik ditambah apabila melibatkan isteri Clara (Abbie Cornish) dan anaknya David (John Paul Ruttan) yang ditegah berjumpa dengannya.

Sedikit trivia daripada filem ini :
1. Penampakkan model Robocop lama semasa pembentangan design baru Robocop.
2. Musuh lama Robocop, ED-209 juga ada di dalam filem ini.
3. Sedikit scene yang sinis, “Ini bukan manusia yang dirobotkan, tetapi robot yang perasan dirinya Alex Murphy..”
4. Robocop ‘hang’ kerana banyak data jenayah dimasukkan.

Dapatkah Omnicorp meyakinkan rakyat Amerika dan Majlis Senat untuk menggunakan robot sebagai pengganti polis di negara mereka sendiri? Dapatkah Robocop menyelesaikan kes pembunuhannya sendiri?


Saya berpendapat bahawa permulaan jalan cerita ini agak perlahan di mana ianya lebih memberi fokus kepada permainan emosi antara Alex Murphy, isterinya Clara Murphy dan anaknya David Murphy (lakonan John Paul Ruttan). Kebanyakan durasi filem ini banyak dihabiskan sekitar kisah keluarga mereka sahaja. Pada penghujung filem barulah lebih banyak aksi ditampilkan, itupun berkisar tentang Alex Murphy untuk menyelesaikan kes sendiri.
 
Namun rasanya klasifikasi penonton macam tak sesuai jer kerana ada adegan yang tidak sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 13 tahun. Overall saya beri 4 bintang untuk filem Robocop.

- sumber sembangfilem.com

{ 7 comments... read them below or Comment }

  1. Wah..bestnya..blum tngok lagi ni...
    ^______________________^

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan untuk menonton lagi filem Robocop ni... nampak gayanya tunggu Astro First tayangkanlah ni...

    ReplyDelete
  3. ap yg best and x best tentang filem robocop ni? hrp blh elaborate dgn jelas? nk jgk dgr pndpt tuan..:)

    thegoldensentinel.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah,salam perkenalan.. 1st time smp kesini..done jd follower sini...
    p/s : ada masa singgah la ke blog saya.. tq .. : http://thescreammer.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. salam ziarah petang isnin...dari bunda..

    ReplyDelete
  6. Thanks melawat SembangFilem.com :)

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

Popular Post

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -