Posted by : Unknown 14 March 2014

Assalamualaikum.....
Semalam universiti tempat saya bekerja turut mengadakan majlis solat sunat Istisqa'. Alhamdulillah saya sempat meluangkan masa untuk sama-sama menyertai solat sunat ini. Tujuan utamanya adalah untuk memohon hujan agar keadaan kering dan berjerebu sekarang nie kembali kepada keadaan sedia kala. 

Selain itu para jemaah turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kru dan penumpang MH370 serta diberi ketabahan kepada keluarga dan waris mereka atas dugaan yg menimpa. 

Berkenaan jerebu, bacaan IPU di kawasan Nilai sejak semalam dah melepasi paras tidak sihat iaitu 168. Waktu pagi ok lagi, masih boleh nampak, bila tengah hari keadaan sekitar kembali berjerebu, sesak nafas dibuatnya. Even dalam opis pun bleh masuk lagi bau asap walau dah tutup semua pintu dan tingkap. Memang kronik la jerebu yang jadi kali ni. Bukan apa kesian kat anak-anak yang tak tahan boleh kena penyakit plak. 

Hopefully sehari dua nie hujan turun, kat area Selangor member update hujun dah mula turun. Alhamdulillah.
 


DEFINISI SOLAT ISTISQA’

Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ...

…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009 

Justeru itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang mewajibkannya.

{ 1 comments... read them below or add one }

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -