Posted by : Unknown 13 March 2014

Lagu “Get it Started” oleh Pitbull dan Shakira kini menjadi perhatian di kalangan penggemar laman video YouTube kerana lirik lagu ini seolah-olah menceritakan apa yang berlaku tentang kehilangan Pesawat MH370.


Tanpa menunjukkan wajah penyanyi sebagaimana klip video yang biasa, video yang disiarkan dua tahun lepas (5 Julai 2012) hanya memaparkan lirik lagu pada skrinnya di samping suara kedua-dua penyanyi. Sehingga kini, ia telah disaksikan oleh lebih 7 juta pengguna YouTube dan sedang meningkat dengan pantas. 

Antara lirik lagu ini adalah :
but for now off to Malaysia”, 
two passport” (ditafsirkan sebagai dua pasport palsu), 
three cities” (ibu negara Malaysia, Vietnam dan China), 
two countries” (Malaysia dan China), 
1 day” (MH370 hilang pada 8 Mac dan menjadi berita utama dunia).

“This song is related to the mh370 incident.. OMG!!!,” (Lagu ini berkaitan dengan kemalangan MH370…) tulis seorang penontonnya yang bernama Jai Rul yang membuat komen dalam laman itu.

“No Ali, No Freezer, but for now off to Malaysia” adalah antara lirik yang turut dinyatakan dengan jelas dalam lagu yang kini menjadi sangat popular.

“Ali” dalam lagu ini pula dikaitkan dengan “Mr Ali” yang dirujuk sebagai warga Iran oleh media British Mirror.co.uk yang dikatakan menaiki pesawat ini dengan pasport palsu. Mr Ali dilaporkan oleh akhbar itu sebagai orang yang membeli tiket dari Pattaya, Thailand.

Pihak Malaysia kemudiannya mengesahkan Ali adalah Pouri Nour Mohammadi,19 tahun, warga Iran yang menaiki MH370 dengan pasport palsu yang begitu teruja dengan penerbangan tersebut. Ia adalah permulaan pengembaraan beliau untuk bertemu ibunya di Frankfurt, Jerman, dan memulakan hidup baru.

Seorang lagi pelayar laman ini menambah lagi maklumat yang berkaitan, 17 hari sebelum kejadian ini, wartawan CNN Richard Quest menaiki pesawat yang sama untuk membuat dokumentari tentang pengembaraan perniagaan, lapor The Malaysian Insider.

Kesemua kebetulan ini kini menjadi bahan ulasan sehingga ada yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 adalah perancangan pihak-pihak tertentu.



sumber kualalumpurpost.net

{ 5 comments... read them below or Comment }

  1. "But for now it's off to Malaysia , two passports, three cities, two countries..one day, now that's worldwide if you think it's a game let's play"

    ReplyDelete
  2. seram baca..moga kita semua selamat dibawah lindungan-Nya..

    ReplyDelete
  3. lepas ni nak dengar lagu ni betul2 dan hayati...

    ReplyDelete
  4. kebetulan yg.. ntah.. speechless, huh...

    ReplyDelete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -