Lagu “Get it Started” oleh Pitbull dan Shakira kini menjadi perhatian
di kalangan penggemar laman video YouTube kerana lirik lagu ini
seolah-olah menceritakan apa yang berlaku tentang kehilangan Pesawat
MH370.
Tanpa menunjukkan wajah penyanyi sebagaimana klip video yang biasa,
video yang disiarkan dua tahun lepas (5 Julai 2012) hanya memaparkan
lirik lagu pada skrinnya di samping suara kedua-dua penyanyi. Sehingga kini, ia telah disaksikan oleh lebih 7 juta pengguna YouTube dan sedang meningkat dengan pantas.
Antara lirik lagu ini adalah :
“but for now off to Malaysia”,
“two passport”
(ditafsirkan sebagai dua pasport palsu),
“three cities” (ibu negara
Malaysia, Vietnam dan China),
“two countries” (Malaysia dan China),
“1
day” (MH370 hilang pada 8 Mac dan menjadi berita utama dunia).
“This song is related to the mh370 incident.. OMG!!!,” (Lagu ini
berkaitan dengan kemalangan MH370…) tulis seorang penontonnya yang
bernama Jai Rul yang membuat komen dalam laman itu.
“No Ali, No Freezer, but for now off to Malaysia” adalah antara lirik
yang turut dinyatakan dengan jelas dalam lagu yang kini menjadi sangat
popular.
“Ali” dalam lagu ini pula dikaitkan dengan “Mr Ali” yang dirujuk
sebagai warga Iran oleh media British Mirror.co.uk yang dikatakan
menaiki pesawat ini dengan pasport palsu. Mr Ali dilaporkan oleh akhbar itu sebagai orang yang membeli tiket dari Pattaya, Thailand.
Pihak Malaysia kemudiannya mengesahkan Ali adalah Pouri Nour
Mohammadi,19 tahun, warga Iran yang menaiki MH370 dengan pasport palsu
yang begitu teruja dengan penerbangan tersebut. Ia adalah permulaan pengembaraan beliau untuk bertemu ibunya di Frankfurt, Jerman, dan memulakan hidup baru.
Seorang lagi pelayar laman ini menambah lagi maklumat yang berkaitan,
17 hari sebelum kejadian ini, wartawan CNN Richard Quest menaiki
pesawat yang sama untuk membuat dokumentari tentang pengembaraan
perniagaan, lapor The Malaysian Insider.
Kesemua kebetulan ini kini menjadi bahan ulasan sehingga ada yang
mengaitkan kehilangan pesawat MH370 adalah perancangan pihak-pihak
tertentu.
"But for now it's off to Malaysia , two passports, three cities, two countries..one day, now that's worldwide if you think it's a game let's play"
ReplyDeleteseram baca..moga kita semua selamat dibawah lindungan-Nya..
ReplyDeletelepas ni nak dengar lagu ni betul2 dan hayati...
ReplyDeletekebetulan yg.. ntah.. speechless, huh...
ReplyDeletesedih. semoga dilindungiNya
ReplyDelete