Showing posts with label Fakta/Auta. Show all posts
Mesir Dilanda Salji Selepas 112 Tahun
Subhanallah, bumi mesir dan negara timur tengah yang lain telah dilanda salji yang agak dasyat pada kali ini. Mesir kali terakhir menerima salji adalah pada 112 tahun dahulu. Pastinya agak janggal melihat binaan agung piramid di Mesir dilitupi salji keseluruhanya. Maha Suci Allah.
Mungkin juga salah satu petanda dunia akhir zaman berdasarkan hadis -
Dan telah
menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada
kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapanya dari Abu
Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Tidak akan
terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah
ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta
zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia
menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur
kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai." (HR Muslim 1681)
Apabila salji sudah turun dan cahaya
matahari menghangatkan udara maka ais akan cari dan aliran air akan
berlaku dan terjadinya sungai dan sungai itu dalah salah satu tanda
kiamat. Setelah terjadi sungai-sungat tanah akan menjadi suber dan mula
ditumbuhi tanaman.
Antara sebahagian dari kiamat :
• Ayat Al quran akan hilang
• Kaabah akan menjadi timbunan tanah
• Sangka kala akan ditiup 2kali
• Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Renung-renungkan dan selamat berfikir. Wallahualam
8 Makanan Palsu China Yang Popular
No 8 - Kacang palsu

Lepak lepak sambil makan kacang ... oh nikmatnya ..
Tetapi jika anda membeli kacang walnut dari gerai di Zhengzhou, China. Berhati-hatilah anda mungkin menguyah kacang batu. Ini terjadi kerana terdapat kemungkinan konspirasi antara penjual dan ahli doktor gigi di Zhengzhou. Isi kacang akan di ganti dengan segumpal simen dan kacang kemudiannya telah di gam balik. Malah pengeluar produk ini membalut setiap gumpalan simen dengan kertas supaya kacang tidak berbunyi apabila diperiksa pembeli teliti.
No 7 -- Daging babi?

Pengeluar makanan palsu China telah medapat cari menggantikan daging oink-oink.
Caranya dengan menggantikan daging babi dengan bahan kimia.
No 6 - Pau cardboard

Oleh kerana daging babi agak mahal, pemilik restorant di Beijing telah mencipta pau daging babi palsu. Cardboard direndam bersama caustic soda dan lemak babi untuk menghasilkan isi bagi pau babi. Babi dan cardbord berpisah tiada gitu.
No 5 - Beras

Singapore telah mengeluarkan laporan bahawa di Taiyuan China, syarikat berastelah menghasilkan produk klon beras dari kentang dan plastik. Beras kelihatan normal sebelum dimasak tetapi bertukar menjadi keras dan anjal setelah ditanak. Mengikut kenyatan persatuan restoran cina "makan tiga mangkuk nasi klon seperti memakan satu plastic bag".
No 4 - Susu Formula berbahaya

Skor bayi bagi zat makanan yang dibangunkan dengan formula palsu terdedah dengan "Penyakit Kepala Besar" akibat daripada makanan dengan formula palsu yang hanya mengandungi sedikit nutrien.
No 3 - Garam

Ape beza garam palsu dan original. Semuanya sama kecuali yang palsu lagi murah. Garam palsu di buat dari non-iodized industrial salt, dan tidak sesuai dimakan oleh manusia.
No 2 - Mee

Isi kandungan mee palsu di china mengandungi dakwat printer, kentang dan lilin.
No 1 - Telur palsu

Telur palsu di China di hasilkan dengan menggunakan produk kimia. Walaupun proses menghasilkan telur palsu ini amat rumit, namun penggeluar masih mampu memperoleh keuntungan dari penjualan telur palsu tersebut.
Sumber info Unhappy Meals
diolah oleh cari.com.my
Lepak lepak sambil makan kacang ... oh nikmatnya ..
Tetapi jika anda membeli kacang walnut dari gerai di Zhengzhou, China. Berhati-hatilah anda mungkin menguyah kacang batu. Ini terjadi kerana terdapat kemungkinan konspirasi antara penjual dan ahli doktor gigi di Zhengzhou. Isi kacang akan di ganti dengan segumpal simen dan kacang kemudiannya telah di gam balik. Malah pengeluar produk ini membalut setiap gumpalan simen dengan kertas supaya kacang tidak berbunyi apabila diperiksa pembeli teliti.
No 7 -- Daging babi?

Pengeluar makanan palsu China telah medapat cari menggantikan daging oink-oink.
Caranya dengan menggantikan daging babi dengan bahan kimia.
No 6 - Pau cardboard

Oleh kerana daging babi agak mahal, pemilik restorant di Beijing telah mencipta pau daging babi palsu. Cardboard direndam bersama caustic soda dan lemak babi untuk menghasilkan isi bagi pau babi. Babi dan cardbord berpisah tiada gitu.
No 5 - Beras

Singapore telah mengeluarkan laporan bahawa di Taiyuan China, syarikat berastelah menghasilkan produk klon beras dari kentang dan plastik. Beras kelihatan normal sebelum dimasak tetapi bertukar menjadi keras dan anjal setelah ditanak. Mengikut kenyatan persatuan restoran cina "makan tiga mangkuk nasi klon seperti memakan satu plastic bag".
No 4 - Susu Formula berbahaya

Skor bayi bagi zat makanan yang dibangunkan dengan formula palsu terdedah dengan "Penyakit Kepala Besar" akibat daripada makanan dengan formula palsu yang hanya mengandungi sedikit nutrien.
No 3 - Garam

Ape beza garam palsu dan original. Semuanya sama kecuali yang palsu lagi murah. Garam palsu di buat dari non-iodized industrial salt, dan tidak sesuai dimakan oleh manusia.
No 2 - Mee

Isi kandungan mee palsu di china mengandungi dakwat printer, kentang dan lilin.

No 1 - Telur palsu

Telur palsu di China di hasilkan dengan menggunakan produk kimia. Walaupun proses menghasilkan telur palsu ini amat rumit, namun penggeluar masih mampu memperoleh keuntungan dari penjualan telur palsu tersebut.
Sumber info Unhappy Meals
diolah oleh cari.com.my
Produk Salah Guna Ayat Al-Quran
KEMUNCULAN produk perubatan atas nama Islam dilihat semakin bertambah
sejak akhir-akhir ini. Produk berkenaan terdiri daripada air minuman,
minyak urut mahupun makanan tamabahan semuanya bercirikan Islam.
Bagi produk air minuman biasanya mesti air-air ini sudah dibacakan dengan 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran atau pun dibaca doa-doa pilihan.
Ada yang dilihat menggunakan bahan-bahan yang mencurigakan seperti sarang anai-anai, kulat susu harimau, air embun di setiap malam Jumaat dan banyak lagi bahan-bahan pelik dimasukkan ke dalam produk-produk sebegini.
Kali ini sebuah produk dikesan berada di pasaran dikongsikan seorang pengguna Twitter @FdausAhmad. pada Selasa yang juga Hari Raya Aidiladha.
Ia juga seperti produk yang mengambil kesempatan atas nama Islam untuk dijual demi untuk mendapat keuntungan.
Wallahualam.
sumber mynewshub.my
Bagi produk air minuman biasanya mesti air-air ini sudah dibacakan dengan 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran atau pun dibaca doa-doa pilihan.
Ada yang dilihat menggunakan bahan-bahan yang mencurigakan seperti sarang anai-anai, kulat susu harimau, air embun di setiap malam Jumaat dan banyak lagi bahan-bahan pelik dimasukkan ke dalam produk-produk sebegini.
Kali ini sebuah produk dikesan berada di pasaran dikongsikan seorang pengguna Twitter @FdausAhmad. pada Selasa yang juga Hari Raya Aidiladha.
Ia juga seperti produk yang mengambil kesempatan atas nama Islam untuk dijual demi untuk mendapat keuntungan.
Wallahualam.
sumber mynewshub.my
Gaji Programmer Syarikat Google
TAHUKAH ANDA BERAPA GAJI PROGRAMMER GOOGLE? |
Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.
Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.
Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.
- Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
- Google Programmer di California – $197,000 setahun
- Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
- Google Programmer di New York – $242,000 setahun
(menurut Indeed.com)
Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?
- Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.
- Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.
- Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.
- Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.
Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.
Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.
Pesaing Google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini. Entry Asal
Mantaplah Google nie....Nak try apply programmer kat sana lah....ada harapan ke rakyat Malaysia nie keje situ?
11 Sebab Pilihanraya Tak Buat Tahun Ni

Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.
Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:
1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.
3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.
4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.
5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.
6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.
7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.
8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.
9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.
10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.
11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
sumber : mstar.com.my
Kes Kelahiran Paling Menarik di Dunia
Aku ada terbaca kat satu blog nie dan aku sendiri belum pernah tahu ada kes kelahiran seperti ini. Ada satu dua je pernah baca but yang lain2 tu agak ganjil dan tak masuk akal untuk dipercayai. Believe it or not.....lu pikir la sendiri...
Ibu Termuda Dunia (5 tahun)
Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg.
Bayi Terkecil Dunia
Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.
Ibu Lelaki Pertama Dunia
Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination).
Kembar Hitam dan Putih
Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.
Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)
Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.
Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)
Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.
Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan
Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).
Ibubapa Hitam Dan Anak Putih
Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri.
credit to KongsaKongsi
credit to KongsaKongsi
Perjalanan Hidup Steve Jobs
Salam....
Hari ini genap 13 hari Ibu pergi meninggalkan kami......Al Fatihah buat arwah Ibu.
Baru perasan tarikh ibu meninggal dunia sama dengan kematian pengasas Apple, Steve Jobs.
Disini saya paparkan perjalanan hidup Steve Jobs sepanjang kariernya.

Gambar asal
Hari ini genap 13 hari Ibu pergi meninggalkan kami......Al Fatihah buat arwah Ibu.
Baru perasan tarikh ibu meninggal dunia sama dengan kematian pengasas Apple, Steve Jobs.
Disini saya paparkan perjalanan hidup Steve Jobs sepanjang kariernya.

Gambar asal
Ranking Universiti Malaysia 2011
Kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda ranking terbaru universiti bagi tahun 2011 di Malaysia. Rasanya ramai diantara anda yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat univesiti pada September nanti.
Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun selepas ini.Berikut dibawah adalah senarai Top 50 universiti terbaik di Malaysia.
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- University of Malaya
- Universiti Malaysia Perlis
- Multimedia University
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Malaysia Pahang
- International Islamic University of Malaysia
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Malaysia Sabah
- Open University Malaysia
- University of Nottingham Malaysia
- Universiti Teknologi Petronas
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Taylor’s University College
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Universiti Tunku Abdul Rahman
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Tun Abdul Razak
- Monash University Malaysia
- Universiti Industri Selangor
- Wawasan Open University
- UCSI University
- Curtin University of Technology Sarawak Campus
- Asia Pacific Institute of Information Technology
- International Medical University
- Help University College
- Tunku Abdul Rahman College
- Al Madinah International University
- Universiti Kuala Lumpur
- National Defence University of Malaysia
- Segi College
- Universiti Sultan Zainal Abidin
- Universiti Malaysia Kelantan
- Limkokwing University of Creative Technology
- KDU College
- Selangor International Islamic University College
- Sunway University College
- Malaysia Theological Seminary
- Malaysia University of Science & Technology
- Olympia College Malaysia
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- Malaysian Institute of Management
- University of Malaya Medical Center
Kedudukan ranking universiti di mana tempat saya bekerja telah naik dan lebih baik dari UPSI. Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda,apa yang penting, adalah ilmu yang anda belajar. Ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor.Bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, adalah lebih penting.
diedit dr artikel http://beritasemasa.com/
Barbican Bebas Alkohol
Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol. Lepas ni siapa yang terasa nak minum tu, bolehlah minum tanpa perlu rasa was-was lagi.
UJIAN pengesanan halal UKM mendapati produk Barbican bebas daripada elemen alkohol baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.
Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.
“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.
“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam.
credit : KOSMO
ASB/ASN Haram !
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
Komen Ustaz Azhar Idrus dalam facebook
artikel asal : www.islamituindah.my
Petronas Untung Besar, Dividen RM30 Bilion Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR: Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Presiden dan Petua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.
Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).
Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi, kata Shamsul Azhar kepada sidang media di sini.
Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi.
Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.
"Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan," katanya.
Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.
Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.
Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain.ps : wang yang banyak jika diurus dengan baik dan amanah oleh pemimpin yang bertanggungjawab, pastinya rakyat akan hidup lebih selesa, tetapi disebabkan ketamakan pemimpin rakyat menjadi mangsa terpaksa menerima padah dengan kenaikan harga barangan keperluan dengan alasan kerajaan banyak menanggung subsidi, padahal rakyat telah banyak membayar cukai kepada kerajaan, semua benda nak dikenakan cukai, termasuklah GST 6% yang telah bermula 1 Januari 2011. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
5 Tips Kurangkan Stress

Tidak dinafikan, semua orang mengalami tekanan setiap hari bergantung kepada beban dan tanggungjawab yang dipikul…Berikut adalah tips ringkas untuk kurangkan stress:
- Tidur Sejenak. Tidur seketika selama 30 – 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
- Pengurutan. Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda. Jaga-jaga, jangan pikir berlebihan untuk mencari unsur lain bagi pengurutan ini.
- Berusaha jadi seorang yang kreatif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
- Kerap ketawa. Ketawa boleh menyebabkan stress yang anda hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Perlu diingat, jangan berlebihan supaya orang lain tidak salah faham terhadap anda. (ada yang menganggap anda gila atau kurang siuman)
- Bersikap lembut terhadap diri sendiri. Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
Petua Menyihatkan Payudara

Wanita! Jagalah buah dada anda
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;
1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.
2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.
3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.
4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.
5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.
6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.
7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.
Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).
8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.
5 Mitos Pemakanan Yang Sering Dipercayai
Untuk mengurangkan berat badan, menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal perlulah bergerak seiringan. Barulah usaha yang telah kita laburkan membuahkan hasil, insyaAllah. Berikut saya bincangkan beberapa mitos berkaitan pemakanan yang mungkin sudah lama tumbuh meliar dalam amalan hidup kita.
1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukkan.
Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.
Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.
Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.
2. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan
Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”
Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.
Suka saya mengingatkan, untuk mengurangkan berat badan, kedua-dua entity ini harus ada – menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana, apabila bersenam, kita akan membina otot, sekaligus mampu mengekalkan kadar metabolisma badan. Anda merancang untuk berlapar? Amalkan sekali dengan bersenam!
3. Makan kuantiti kecil dengan kerap boleh membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma
Secara teori ramai yang percaya, dengan meninggikan kadar metabolisma, lebih banyak jumlah kalori yang boleh diambil. Sekiranya individu itu mengambil jumlah kalori yang sama (lebih rendah daripada kadar metabolisma), ini boleh menghasilkan penurunan berat badan. Tetapi adalah perlu diingatkan, jumlah mahupun kadar kekerapan pengambilan makanan, tidak memberikan sedikit impakpun kepada kadar metabolisma badan. Sebaliknya, apa yang mampu memberikan kesan adalah komposisi dan saiz badan.
Maka, sekali lagi adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal. Dengan melakukan senaman berkala, sangat membantu dalam membina otot-otot dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan.
4. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan
Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.
Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.
5. Susu boleh mengurangkan berat badan
Secara teori, kalsium membantu mencernakan lemak dengan lebih cekap dan seterusnya mengurangkan berat badan. Tetapi, secara realitinya, susu tidak memiliki keajaiban seumpama ini. Banyak kajian telah dilakukan perihal teori ini, namun kajian-kajian ini mendapati keputusan yang pelbagai.
Untuk mendapatkan sumber kalsium, kita digalakkan untuk mengambil susu ataupun mana-mana produk berasaskan susu (dairy products) yang mengandungi rendah lemak dan rendah kalori. Selain itu, sumber kalsium juga boleh diperolehi daripada, sayur-sayuran hijau tua, soya, jus oren, dan ikan salmon.
Secara kesimpulannya, saya telah kongsikan 5 mitos perihal pemakanan supaya boleh kita jadikan panduan dalam merangka perancangan untuk mengurangkan berat badan. InsyaAllah minggu hadapan saya akan berkongsi beberapa mitos pemakanan dan seterusnya berkaitan aktiviti fizikal.
“Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”
“Dengan mempromosikan kesihatan kepada orang ramai, maka lebih ramai orang mencari kesihatan berbanding mencari perubatan.”
Sejarah dan Asal-Usul April Fool
April sememangnya sinonim dengan perayaan April Fool di barat. Sejarah dan asal-usul Perayaan April Fool juga selalu dikatakan bermula dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan iaitu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487 bersamaan dengan 892 H akibat diserang tentera-tentera Kristian setelah berkurun-kurun lamanya Islam bertapak di Granada. [artikel penuh klik sini]
Persoalannya, adakah fakta sejarah tersebut sahih atau tidak?
Kadangkala dalam keghairahan sesetengah orang Islam untuk membuang unsur-unsur bukan Islam dalam budaya dan aktiviti harian, ada yang mereka-reka cerita untuk menguatkan hujah bahawa sesuatu aktiviti itu adalah tidak Islamik (contohnya asal-usul April Fools). Bukan bermaksud ingin mengatakan bahawa cerita asal-usul April Fool tersebut adalah rekaan, cuma tidak ada bukti sejarah mengenainya.
April Fool ini sebenarnya berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.Dengan menghebahkan cerita yang tidak berasaskan kepada fakta ini, niat baik untuk meningkatkan iman dan kualiti keIslaman seseorang Muslim itu sebaliknya menyebabkan Islam semakin dicurigai, ditertawakan dan diperlekehkan oleh masyarakat bukan Islam.
Bukti akan merbahayanya cerita-cerita sebegini ialah apabila Answering Islam, suatu laman web yang mempromosikan ajaran Kristian dan selalu memperkecilkan agama Islam, telah menggunakan cerita April Fool (versi Granada) ini untuk menguatkan hujahnya bahawa Islam itu adalah didokong oleh manusia-manusia yang paranoid (takut bayang-bayang sendiri) dan didirikan atas dasar kebencian dan permusuhan. Walaubagaimanapun, website tersebut sudah dihapuskan.
Internet adalah suatu kuasa yang sangat kuat. Jika digunakan dengan bijak, ia boleh menolong menyebarkan keindahan Islam kepada manusia sejagat, tetapi kalau digunakan untuk menyebarkan cerita-cerita separuh benar dan khabar-khabar angin, ia boleh menjauhkan manusia dari Islam.
Jikalau berhadapan dengan cerita-cerita seperti asal-usul April Fool ini, periksalah dulu kesahihannya. Tanyalah mereka yang lebih mengetahui misalnya pakar sejarah dan ustaz-ustaz supaya kita sendiri tidak terkena 'fool' dek sejarah April Fool dan menjadi bahan ketawa masyarakat bukan Islam. Janganlah menjadi sumber penyebaran pembohongan dan fitnah.
Walaubagaimanapun, samada sejarah tersebut sahih atau tidak, perayaan April Fool tetap tidak boleh disambut atau diperbesar-besarkan oleh orang-orang Islam kerana ia mempunyai unsur-unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai murni dalam Islam.
Sehebat mana kita mengkaji dan berfikir, Allah tetap Maha Mengetahui. Wallahu'alam....















