- Back to Home »
- Amazing , Entertainment , Review »
- KONGSI RM 7 Juta Dalam 7 Hari
Posted by : Unknown
19 May 2011
FILEM Kongsi yang ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu, awal-awal lagi mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM1,085,064 pada hari pertama tayangan termasuk tayangan tengah malam di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Berdasarkan rekod tempatan selama 15 tahun, jumlah ini mengatasi kutipan hampir semua filem luar termasuk Hollywood apabila berada
di tangga kedua selepas Transformer 2 yang mencatat kutipan RM1.2 juta pada hari pertama manakala filem Hollywood yang ditayangkan bersama Kongsi, Fast & Furious 5 (Fast Five) hanya mencatat RM800,000.
Ternyata sambutan penonton terhadap filem dijayakan bintang popular, Shaheizy Sam itu terus hebat apabila mencatat kutipan berjumlah RM6.3 juta untuk tayangan Khamis hingga Selasa dan diramalkan mencecah RM7 juta dalam tempoh seminggu.
Ternyata sambutan penonton terhadap filem dijayakan bintang popular, Shaheizy Sam itu terus hebat apabila mencatat kutipan berjumlah RM6.3 juta untuk tayangan Khamis hingga Selasa dan diramalkan mencecah RM7 juta dalam tempoh seminggu.
Produsernya, David Teo berkata, kejayaan ini satu keajaiban dan rezeki dari Tuhan dan sangat gembira kerana kerja keras semua pihak daripada pengarah, penata muzik, penyunting, pengarah fotografi dan pemasaran, membuahkan hasil.
Katanya, kutipan Kongsi paling tinggi pada Sabtu dengan jumlah RM1.4 juta diikuti Ahad (RM1.2 juta) manakala hari Jumaat dan Isnin RM900,000 dan RM700,000.
“Ini satu kejayaan besar bagi filem tempatan kerana kini setaraf dengan kutipan filem Hollywood sekali gus menjadi bukti filem Melayu mampu menarik perhatian penonton dan bangkit di bumi sendiri.
“Saya bangga kerana semuanya memainkan peranan dengan baik dan berkesan.
“Begitu juga bahagian R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang melakukan penyelidikan mengenai selera penonton, turut membawa kejayaan kepada filem ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kata David, dia memulakan promosi Kongsi dari awal iaitu enam bulan sebelum tayangan dengan menayangkan trailer selama 60 saat melalui Youtube dan ia ditonton lebih 800,000.
“Sambutan hangat ini membuatkan pihak panggung memberi perhatian kepada filem ini dan kerjasama yang cukup baik ini membuatkan saya tidak teragak-agak membuat 100 salinan untuk filem ini,” katanya.
Mengenai nasib Kongsi apabila Nur Kasih The Movie ditayangkan hari ini, David tidak bimbang kerana kedua-dua filem berkenaan mempunyai genre berbeza.
Kongsi arahan Farid Kamil genre komedi aksi manakala Nur Kasih arahan Kabir Bhatia genre drama.
Salam.
ReplyDeleteDatang visit sini..dan baca entri :) nice blog~
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)