Posted by : Unknown
07 December 2012
Assalamualaikum.........
Bertemu lagi kita dengan hari Jumaat atau lebih dikenali sebagai "Sayyidul Ayyam" yakni
penghulu segala hari, ramai yang kurang sedar kedudukan dan kemulian
hari jumaat, lantaran itu tak hairanlah ramai yang tak ambil kisah
bagaimana untuk mengisi dan menghormatinya.
Antara amalan sunat yang biasa dilakukan :-
1. Mandi sunat Jumaat dan
memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.
2. Sunat memakai pakaian yang
berwarna putih.
3.Keluar ke masjid dengan niat
untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki
dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir,
berselawat dan bertahmid kepada Allah.
4. Sunat mengelokkan rupa
parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang
seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari,
menggosok gigi dan sebagainya.
5. Sunat membanyakkan membaca
surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.
6. Sunat memperbanyakkan membaca
doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.
7. Memperbanyakkan membaca
selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.
8. Melakukan sembahyang sunat 4
rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.
9. Sunat membaca surah al
Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas
memberi salam sembahyang Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa
membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali
sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada
hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan
yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang
beriman kepada Allah dan RasulNya."
10. Disunatkan bagi orang yang
mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat
duduknya.
Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang
daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah
ia berpindah ke tempat duduk lain."
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita pada hari yang mulia ini dan juga hari2 mendatang.
Al Fatihah buat arwah Ibu yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Oktober 2011 pada pagi Jumaat.
Wallahualam.
terima kasih atas perkongsian bro,dpt tmbah ilmu lg hari ni :)
ReplyDeleteInsya-Allah...
ReplyDeletesama2 bro...benda baik perlu disebar luas.....dan juga perlu diamalkan. Insyaallah :)
ReplyDeleteterima kaseh bro
ReplyDeletesama2..bro...
ReplyDeletesatu perkongsian yang amat bagus
ReplyDeletemohon share?
ReplyDeletesilakan share mujahidah.....ilmu untuk dikongsi
ReplyDeletesumber info ni dr mane?
ReplyDeletetq share huhu
saya ambil dari facebook.......
Delete