Posted by : Unknown
28 February 2013
KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.
Pengumuman
itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak
penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri
video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat."
"Saya
mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan
selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah
semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia
semalam.
Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang
wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan
pelawaknya, Nabil Ahmad.
Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa
secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak
menunaikan janji di empat buah negeri.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
Harakahdaily
sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani
kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.
Boleh
dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu,
terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk
menyerang Salleh Yaakob sendiri.
Isu kritikan dan boikot ini
bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka
juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan
tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk
Ambiga Sreenevasan.
sumber Harakahdaily
macam2 ada....
ReplyDeletemselim3
cam merajuk jer bunyinya?
ReplyDeleteberani buat berani tanggung... :)
ReplyDeletebetui tu.....before buat sesuatu kena pikir dulu....nasik dah jadi bubur
ReplyDelete