- Back to Home »
- Hamil 19 Minggu »
- Usia Kandungan Isteri Sudah 19 Minggu
Posted by : Unknown
01 March 2013
Assalamualaikum...
Alhamdulillah Isnin lepas me dan isteri telah buat rutin pregnancy checkup untuk setiap bulan di sebuah klinik swasta. Doktor habaq usia kandungan isteri sudah mencapai 19 minggu. So kandungan berada di trimester ke 2. Pada peringkat ni alahan teruk yang wife alami pada awal kehamilan dah sangat-sangat kurang. Cuma alahan lain plak yang datang macam gatal-gatal pada bahagian kaki. Alahan nie sama semasa mengandung anak pertama dulu.
Sejak isteri hamil anak ke 2nie kena rajin cari info berkenaan kehamilan. Kena banyak membaca dan bertanya supaya bila dah dekat due date nak bersalin nanti kita dah tau apa yang perlu dibuat. For me pengalaman anak pertama dulu boleh dijadikan rujukan dan ditambah baik. Insyaallah.
Ini adalah artikel yang saya ambil dari web BabyCenter tentang keadaan bayi pada usia kandungan 19 minggu.
Perkembangan fetus - hamil 19 minggu
Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak.
Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
Hamil 18 minggu
Hamil 20 minggu