Nak untung punya pasal, musang plak yang jadi mangsa, tapi korang sanggup ke minum kopi dari najis binatang nie?
PENGEMAR kopi pastinya mengetahui asal usul kopi luwak. Kopi paling
mahal itu dikatakan mampu mencecah harga sehingga 60 pound (RM307)
secawan atau 300 pound (RM1,500) sekilo di Harrods, London.
Namun, ramai tidak mengetahui bagaimana kopi itu dihasilkan.
Kopi luwak dihasilkan melalui najis musang Asia yang banyak terdapat di
Indonesia dan Filipina. Najis dan biji itu kemudiannya, diasingkan dan
kopi tadi dipanggang bagi menghasilkan aroma menarik, tidak berasid dan
rasanya lebih lembut.
Seorang pengusaha kopi luwak di Indonesia menjelaskan, musang biasanya
disimpan dalam sangkar selama kira-kira tiga tahun bagi menggelakkan
terdedah kepada asap rokok dan diberi nutrisi serta vitamin terbaik.
Siaran BBC baru-baru ini mendedahkan, musang-musang itu dikurung dalam kandang kotor dengan ruangan terhad.
“Musang-musang ini bakal mengalami tekanan mental akibat dikurung
selama tiga tahun. Dalam usaha mengekalkan permintaan kopi di pasaran
antarabangsa, sedarkah kita bahawa musang-musang ini menjadi mangsa,”
menurut laporan berkenaan.
Jurucakap pengedar kopi Sari Makmur berkata, mereka tidak boleh
membebaskan musang-musang itu kerana tidak boleh melanggar polisi
syarikat.
“Kami perlu memastikan musang terjaga demi mengekalkan hasil permintaan
kopi di pasaran Britain dan Eropah,” katanya dipetik Daily Mail
Aktivis haiwan Britain, Mimi Bekhechi menyelar tindakan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan serta kejam.
“Kami sarankan Harrods selaku mengimport utama perlu memboikot syarikat
pengeluar yang tidak menyediakan tempat selesa untuk musang-musang ini.
Jangan hanya kerana ingin mengaut keuntungan, nasib haiwan-haiwan ini tergadai,” katanya.
sumber Sinar Harian.
Assalammulaikum...alamslegacy,
ReplyDeletegeli pulak kopi luwak daripada najis musang..wuikk....
mselim3
pls: minum kopi biasa aje lah..