Posted by : Unknown 19 February 2014

Memang realiti bukan fantasi, suatu kenyataan yang tak dapat dielakkan. Saya yang dah 7 tahun menetap di Nilai memang dah perasan perkara nie sejak 2 tahun lepas. Hartanah di sini naik terlalu mendadak, malahan lebih cepat dari bandar besar seperti di Seremban. Susah nak dapat rumah teres bawah RM 300k sekarang, kalau ada pun kedudukannya agak jauh.

3 syarikat perumahan yang memonopoli hartanah di Nilai nie termasuklah Sime Darby Property, Seri Pajam Development dan BBN Dev. Di kawasan tempat tinggal saya sekarang dibangunkan oleh Sime Darby, pembangunan semakin rancak, kawasan hijau pulak makin hilang dari pandangan. Harga rumah yang ditawarkan pulak seperti tidak masuk akal. Kalau di kawasan lain mungkin boleh dapat sebuah rumah Semi-D dengan harga rumah teres di Nilai.

Persoalannya siapa sebenarnya yang control harga rumah, kementerian ke atau pemaju sendiri yang sesuka hati meletakkan harga kononnya mengikut harga semasa dan 'sangat berpatutan'. Antara punca lain adalah pembeli yang membuat pelaburan hartanah dengan membeli rumah dengan bilangan yang banyak kemudian menjual pula dengan harga yang lebih tinggi, dimana keuntungan yang dikaut sekali ganda. 

Tapi yang peliknya rumah semahal manapun masih akan ada pembeli yang sanggup membayar harga tinggi untuk sebuah rumah teres, kenapa? Kerana tiada pilihan lain kerana lagi lambat, harga akan melambung lebih tinggi.

Sebuah rumah teres 2 tingkat bermula dari RM 500k ++ anggaran untuk unit tengah. Bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan seperti saya mungkin lebih beruntung kerana bayaran balik pinjaman perumahan dengan kerajaan lebih murah. Estimate bagi harga rumah bernilai RM200k, bayaran pinjaman perumahan adalah RM 1000++ bagi tempoh 30 tahun. 

Bila gaji masuk, bayar seribu sebulan untuk rumah sahaja, tolak hutang-hutang lain macam loan kereta, personal loan, bil-bil utiliti, keperluan anak-anak. So berapa je yang tinggal nak dibelanja sementara menanti gaji bulan berikutnya. 

Nak buat macam mana, golongan sederhana macam kita nie usah la berangan untuk memiliki kediaman mewah, kerana harga rumah teres pada masa kini sudah terlalu 'mewah' untuk dimiliki. 

ps - Syukur alhamdulillah kerana telah memiliki rumah

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. dah mula menjadi satu township yang hebat dah dan nilai hartanah semakin meningkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah, tapi kadang2 harga rumah yg ditawarkn mahal sangat

      Delete

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -