Posted by : Unknown 20 February 2014


KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN ISU PUSAT TAHFIZ AMAL DI YAN KEDAH

Pertamanya Pusat tahfiz Amal Jalan Kuala Kedah Yan Batu 17 ini telah kita kenalpasti bernaung dibawah ajaran Azhar bin Wahab atau kita kenali sebagai ajaran Al-Mansur. Kebanyakan negeri juga telah memfatwakannya sebagai sesat dan menyeleweng termasuk negeri Kedah yang telah memfatwa dan mewartakannya sebagai bercanggah dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 


Saya ingin menasihatkan kepada masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan taktik kumpulan ini yang menggunakan nama Pusat Tahfiz Amal bagi membuat jualan dan mengutip derma kerana pada hakikatnya mereka bukan sahaja telah mengeksplotasi kanak-kanak malah turut mencabul hak kanak-kanak tersebut bagi mendapat pendidikan yang sewajarnya. 

Bagi mereka yang benar-benar ingin membuat amal ataupun berderma, carilah saluran yang diakui sahih kerana dibimbangi derma kita itu nanti akan memberi sumbangan kepada kelangsungan sebuah kumpulan yang menyeleweng dan juga mempergunakan kanak-kanak.

Kita juga mendapati mereka telah memanipulasi para pelajar untuk melakukan kutipan derma dengan berselindung di sebalik menjalankan jualan amal atas dasar kononnya ia merupakan falsafah akademik bagi mempelajari nilai-nilai Islam secara praktikal. Inilah hakikat pembohongan terbesar mereka terhadap agama demi keuntungan peribadi yang mesti kita banteras bersama-sama.


Akal yang waras dapat menilai sejauh mana kebenaran kumpulan ini, mana mungkin seorang penagasas sekolah tahfiz mengamalkan hidup sosial sebegitu, menjadi penyanyi dan mengeluarkan album. Justeru, masyarakat harus sedar dan tidak terus berderma kepada pusat amal ini yang kononnya bagi bagi kutipan derma kanak-kanak agar tidak menjadi kelangsungan kepada kumpulan ini.

Tindakan oleh pihak berkautoriti hanya akan berkesan sekiranya masyarakat bersama-sama tidak menyokong atau menghulurkan bantuan kepada kumpulan ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
19 Februari 2014

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Tourist

Followers

Tabung Khairat

.

Shout Here

Rajin Komplen

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 AL - alamS Legacy -Metrominimalist - Designed for alamS Legacy -